Saturday, December 31, 2011

biarlah.

saya tulis untuk saya rasa lega,
kurangkan rasa tersumbat kat dalam dada,

don't have to be so mad ,
takpe,
kalau rasa orang kata salah,
tunjukkan kebenaran,
bukan maki hamun serapah .
macam tu, apa pun tak akan ubah.

kalau orang pandang rendah,
jangan kita balas dengan maki,
kita senyum pun dah kira kita kuat dan tanda kita menang dalam kawalan emosi.

macam orang cakap,
action speaks louder than words.

* i  miss my mum so much.*  
kpd adik : jgn nakal2 kt rumah 
sekolah dah nk buka and belajar rajin2 okay. 
maaf if kak cik termarah  masa hari lepas,
but percayalah, semuanya utk kebaikan juga.
buatkan ayah disana rasa bangga  okay ;) 

Friday, December 30, 2011

;p

Tiada apa yang akan kekal termasuklah apa yang dirasa. Berpijaklah di bumi yang nyata meskipun terpaksa berdiri di atas kaca.


Jangan biarku mencintaimu melainkan kau merasa begitu kerana hati ini tak bisa diluka lagi.





The time flies, the memory stays.


Monday, December 19, 2011

monday morning;)

hello guys,
hari ini hari Isnin dan merupakan hari pertama kelas untuk minggu ni. Tapi, first period tak ade kelas sbb tgh waktu SDL or self direct learning. Aku bukan study pun skrg, sbb aku tgh update post nih. Org lain tido, tapi aku susah nak tido after dah bangun.

Minggu ni juga aku tidak sabar untuk menanti hari jumaat sbb hari tu aku akan pulang ke kampung halaman. Seriusly, i miss my mum so much! Rindu juga nak makan buah rambutan depan rumah yang dengarnya semakin banyak berbuah... Kazen aku bertunang last week kt JB dan aku tak balik pun ats sebab2 tertentu, btw sedikit kecewa. Tapi aku melupakan kesedihan itu dgn hangout bersama Ummi pada hari Sabtu yg lepas. Org lain semua ingat aku keluar dating, padahal mmg dating pun. Dating dengan Ummi. ;p

the ummi tya ;)

muke ummi ganas macam domo tu ;p

peace!

eyps.



Aku suke dengan life aku skrg. Tiada gangguan drpd siapa2. Aku bebas berkawan dgn sesiapa aku suka. Semalam aku tidow agak awal berbanding dgn hari2 yg lain sbb aku rasa mcm perlu utk tidow awal. Then, aku terjaga semula apabila henfon aku berdering setelah sekian lama tepat jam pkul 3 pagi. Nombor yg keluar tidak ade yg sepadan dgn memory fon aku. Sah, org yg aku tak kenal yg cuba mengganggu konsentrasi aku ingin tidow. Biarkan saja, itu cara lebih baik. ;)



the nonsense face of me ;p


Dalam hidup, aku tidak dapat bagi hati orang puas. Walaupun semua mereka mengatakan berfikiran bebas. Aku masih lagi diri yang aku suka, tubuh yang aku sayang belum pernah mengkhianati jiwa. Alhamdulilah, Yang Maha Esa masih berikan aku nyawa dan peluang untuk bernafas di atas dunia. Aku masih sayang senyuman ni dan aku masih sayang diri ni. Walaupun ia sepahit hempedu, aku cube berikan utk manis seperti madu. Aku tetap ingin teruskan senyuman ni. Sebab aku tahu, hidup atas dunia ni kadangkala penuh kekejaman. Tapi aku pilih untuk buang penderitaan.
 Aku perlukan kegembiraan.
Secebis kebahagian.

;)

Okay, dah siap nak ke kelas pagi ni. Kelas anatomi yg diajar akan oleh mentor aku sendiri. Dan, aku belum baca ape2 pun tentang tajuk yg akan belajar kejap lg. Bubye!

Friday, December 16, 2011

lesson should be learned, not to be repeated~

Your will of life will determine your effort to move on. Losing isn’t everything, it’s just a game of life.

Why people don’t wanna move on?

Because they’re happy staying in the pain. Or maybe perhaps they’re too wishful. Miracle do happened, but they won’t happen all the time. Those fairy have a limited amount of miracle to glock on you.



Don’t look back in anger, look back, in a big wide smile
It’s ok to remember the past, but don’t do it frequently, do it so that you’ll learn from the past mistakes.

The past can teach us a lot of thinky thanky steps on what to and what not to do in order for us not to do the same mistakes again.

Don’t forget the first basic step, the most important thing in this world is your own happiness. How could you be happy when u never try to be happy with your own self? 




Lesson should be learned, not to be repeated again.




Friday, December 2, 2011

hello people ;)

assalamualaikum.
hendak minta maaf sebab memang dah lama meninggalkan dunia berblogging nih. 
terlalu banyak benda sehingga tidak tercoret oleh aku di dalam blog ini.







Aku hanya mampu senyum melihat ada orang yang tidak 
mahu kalah dan sentiasa mahu menang bicara.
 Walaupun ternyata salah,
 benang yang basah tetap mahu tegakkan tidak mengira. 
Ah, orang begini selalu rasakan diri mereka terlampau bijaksana. 
Biarkan mereka menang, mereka akan bangga.


sekian.

Saturday, August 13, 2011

:p

......
...............
........................

Wednesday, August 10, 2011

bersyukurlah dengan nikmat hidup...........


Kehidupan yang entah apa-apa dilalui dengan gembira. Menikmati setiap detik yang hadir secara bersungguh dan memikirkan betapa nikmat ini bukan semua orang dapat. Tidak semua orang menikmati keindahan yang sama bahkan tidak ada manusia yang serupa pengalaman hidup dan cara mereka menterjemahkannya. Aneh barangkali melihat bagaimana manusia boleh mematikan riwayat hidup mereka dengan mudah tanpa memikirkan apa yang sepatutnya yang mereka lakukan demi kelangsungan hidup.

Letakkan semua benda yang menyebabkan kita sedih ke tepi dan ingat segala yang menggembirakan. Lupakan segala masalah dan hargai segala nikmat yang ada....

Wednesday, August 3, 2011

aku disini...

assalamualaikum. maaf kerana aku sudah lama meninggalkan blog ini. aku bukan sengaja, tetapi rutin harian yg semakin padat tidak mampu memberi ruang pada aku untuk bermanja di ats keyboard lappy aku untuk mencoretkan beberapa peristiwa hidup. Aku kini bukan lagi budak matrik. Aku bukan lagi geng budak Semesti yg bahagia hidup di matrik gopeng. Serius, terlalu berat utk aku pergi meninggalkan matrik. Terlalu bnyak memori tercipta. tapi, apakan daya.. Aku memilih hala tuju hidup untuk memastikan masa depan aku lebih terjamin.

3 ogos 2011. Genap sebulan aku kat bumi PPUM. Aku belajar macam2 benda. Pengalaman yg aku lalui sepanjang orientasi dan sebulan aku disini adalah pengalaman yg tidak akan ku lupa. Pelbagai jenis ragam dan gelagat manusia yg aku temui. Kawan2 aku yg dtg dri pelbagai jenis latar belakang. Berkawan dgn mereka yg berasal dri negeri yg berlainan. Berkawan dgn semua org tidak kira peringkat umur.

okay. aku mengejar masa..
hanya setakat ini yg mampu aku coretkan..
sekian, noktah.


Saturday, June 18, 2011

jangan bermegah dengan apa yg kau ada sekarang..................

Pengalaman akan memberikan aku sesuatu yang tidak pernah aku mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan aku berjaga dan menjadikan aku tidak mahu alpa walaupun hakikatnya aku masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian aku itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan melihat keadaan sekeliling yg sangat rumit.

Maaf..aku perempuan. Kenapa?  Perempuan tidak ada hak untuk bersuara? Aku bukan hipokrit!Sebenarnya, kau sedar atau tidak yg kau lebih hipokrit.. Sekali kau ckp pada org, tidak mustahil 10 org lagi akan kata benda yg sama pada kau...Sekali lagi.. Jangan cuba mencari kesalahan org lain demi menutup kelemahan diri sendiri. Maaf..
(Aku bukan dalam emosi kerana aku sedang menulis pada satu pagi yg diingin kedengaran air hujan menitis  yg sungguh mendamaikan di saat menghirup udara yg segar...itu sangat nyaman dan damai.....)


Aku sudah nyatakan bahawa aku sendiri tidak sempurna.

Yea... kau boleh kata pada aku apa-apa sahaja yg kau suka..Terpulanglah pada kau.. Tetapi mungkin disebabkan aku sudah terlampau banyak berjumpa dengan manusia dalam hidup aku serta akan berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari, aku memang tidak menerima benda begitu dalam hidup aku. Bila orang kata hidup ini ibarat pusingan roda, atau tayar atau planet sekalipun, terimalah hakikat bahawa secara saintifiknya, benda yang berada di atas akan turun ke bawah juga bila tiba masa dan saatnya. Hukum alam serta nasihat agama juga telah terselit peringatan ini semua. Dan aku, hanya cuma dapat melihat gelagat manusia yg mempunyai pelbagai aksi dan ragam..


Kawan, tidak ada yang salah dengan cinta.

Kau berhak memilih sesiapa sahaja.

Tapi, dalam perjalanan mengejar erti bahagia, jangan jadi manusia celaka dan berbahaya.

Berapa banyak hati manusia yang kau injak dengan megah?

Kesal aku kawan.

Kesal.


Kau boleh ketawa gagah dan megah.

Tapi jangan lupa satu perkara.

Hidup ini ibarat roda.







p/s: Seperti juga pakaian dan juga perhiasan, seseorang yang sesuai dengan kita akan hadir dan termuat dengan sempurna. Tiada paksaan, tidak perlu berhempas pulas dan tiada kesakitan serta kepedihan dalam menerima kehadirannya....

Saturday, May 14, 2011

hujan...

Hujan sepanjang malam.
Hujan berlarutan hingga pagi.
Hujan adalah cuaca yang aku sukai.
Bahagia dan kesejukkan yang dibawa untuk menari.
Di saat ini aku mula teringat akan manusia yg tidak pernah ingat akan kesalahan lalu. Aku sudah lakukan apa yg patut aku lakukan. Aku pergi dan terus hilangkan diri. Aku tidak mahu terus hanyut dengan manusia pelik seperti kau lagi. Aku rimas. Aku lemas. Aku tidak lagi mahu dimasukkan dalam drama kau. Kau terlalu hebat sehingga kadang2 jelas kebodohan kau lebih menyerlah dari kehebatan kau. Kau pengarah drama terbaik dan kau juga pelakon lelaki terbaik.

Rona bahagia biar aku jalani sendirian.
Payaunya kehidupan biar aku selesaikan.
Aku masih muda dalam berjalan di atas Bumi yang sudah tua.
Biar aku selesaikan urusan terbengkalai aku dengan Maha Pencipta.
Tanggungjawab aku pada keluarga masih ada.

Sunday, May 1, 2011

pink crab~





nice... credit to akmal adnan.
from NEW YORK, US. :)

Friday, April 15, 2011

okay tapi tak semestinya okay...

eyps...jangan tanya aku kenapa tajuk entry ni mcm org yg looser atau org yg frust bercinta. aku pun tak tahu kenapa aku ni. okay tp tak semestinya okay.

Hari ni memang semua serba tak kena....

Dah berapa kali aku menangis dan menitiskan air mata aku pun tak kira. Tapi kebanyakkannya benda yang selalunya, tak patut pun aku nak menangis.

Satu benda aku belajar hari ni;

"Semakin kau mengharapkan sesuatu, semakin benda yang kau harap tu akan pergi jauh dari kau."

Dan bila semua tadi dapat apa yang mereka inginkan, tiba tiba aku seorang je tak dapat apa yang aku harapkan, aku rasa macam satu dunia gelakkan aku. Sebab itulah pertama kali sejak entah bila, aku mengharapkan yang aku akan dapat benda tu. Tapi tak dapat jugak. Dan perasaan bila kau dah mengharap sesuatu, tapi tak dapat, memang tak seronok langsung...

Emosi aku sedikit terganggu.Entah kenapa malam ni, aku teringat ayah aku. Sekali lagi aku nangis. Aku nak rasa mcm org lain rasa. It's okay. Aku kena faham yg bukan aku sorang je kat dunia ni mcm tu.
Sebab aku rasa macam semakin besar, semakin aku jauh dengan orang yang aku sayang. Komitmen hidup semakin banyak. Macam aku sekarang terpaksa menjadi seorang pemburu kesenangan hidup di masa hadapan.

Aku rasa, susahnya nak cari rezeki, dan itupun aku menangis..

Aku tertiba mengalir air mata apabila tak pasal2 kena sound ngan gf org..Serius, aku tak tahu apa2 pun. Tetibe dia tanya aku, apa hubungan aku dgn bf dia. Aku ckp la kawan saja. Mungkin dia ada terbaca status bf dia yg aku komen kat fb. Before tu, aku mmg dah lama kenal kawan lelaki aku tu. Dia mmg ckp dia single la before ni. Aku tak kesa la, dia tipu aku ke apa. Dan yg peliknya gf dia tu bukanlah friends kwn lelaki aku tu di fb. Lebih merumitkan keadaan apabila emak kpd si perempuan tu pun ada add aku. Bygkan la, siap "like" semua status aku.. Ahh.. Aku malas nk masuk campur, padahal aku tegur pun jarang la dgn kwn aku tu. Number telefon semua tak pernah ada. Apatah lagi, nk kenal rapat2.. Agak tak logik disebabkan satu status di fb aku ditanya segala mcm persoalan. Sabar je laa... Inilah namanya hidup. Dan ini pun aku nak nangis. Padahal boleh je, aku tak payah amik kesa dan biarkan la hidup dorang sebab aku benar2 tak bersalah..

Aku tersentuh tgk keadaan nenek aku kat kampung. Aku rasa nak selalu jaga dia. Aku syg nenek aku sgt2. Aku tanak tgk nenek aku sakit, sbb aku pun akn rasa kesakitan yg nenek hadapi.Dugaan...

Aku nangis sekali lagi bila tangan aku kena pisau tyme nak potong buah epal kat dapur. Haish. Mungkin la ada rasa pedih sikit, tapi sebelum ni aku pernah kena luka yg lagi teruk. Ingat lagi dulu, aku kena pisau lipat yg  tajam sampai berdarah teruk kat lab bio dulu, elok je aku tak nangis malah aku siap ketawa lagi. Ahh.. Sakit sikit je, tu pun aku nak menangis.Hey.. Kenapa dgn aku ni?

Then, tadi aku tengok cerita Anak Halal.. Cerita tu mmg dah lama, ntah sejak zaman skula aku lagi. Dah mmg tak de kerja kat rumah sume filem box-office aku repeat balik. Dah mmg bosan tahap petala kelapan kowt.  Dan ada satu part kawan dia mati kena tembak tu, air mata aku berlinang. Itu pun aku nangis.

Rasa macam, macam mana la kalau kau tengok kawan kau sendiri yang kau sayang, yang kau pergi sekolah sama-sama, kau ponteng prep sama-sama, kau naik *dorm budak gedik lepas tu main-main hantu sama-sama, kawan yang makan meggi dalam gayung sama-sama sebab masa tu kita tak beli mangkuk lagi; mati depan mata. Tak kira la kena tembak ke or satu hari nanti bila kita dah tua.

Kompleks betul fikiran aku. Okayy la, mungkin aku senang absorb dengan filem yang aku tonton. Cuma hari ni aku emosi berlebih-lebih. Mungkin sebab rindu ke apa ke entah lah. Entah laa..

Aku nak luahkan satu benda ni. Tapi aku tak tahu la susah sgt. Ahhh.. Kenapa dgn aku ni?








 
mungkin juga kerana aku belum cukup kuat. entah. mungkin. segalanya mungkin.

Tuesday, April 12, 2011

down....

sekali lagi aku rasa down sangat2......



















tiada apa yg dapat dikongsi, aku berasa lemah di apit segala bagai masalah.
okayy...aku tahu. 
aku kuat....aku penyabar.
...................................................................................................................................................




T______________T

Saturday, April 9, 2011

kekasih gelapku...

woot...woot...

eyps...
Betul ke orang kata kalau bulu mata kita jatuh sebelah kanan, maknanya ada orang rindu dan kalau sebelah kiri, maknanya ada orang benci? Bebulu mata aku takde pon jatuh, tapi ramai je orang yang rindu aku. Benci pon ada jugak. Takpelah. Like I told you before, hate me or love me, it's still an obsession. Hehe..

Okayy..Intro kat ats tu mmg tak ada kaitan langsung dengan tajuk post aku..emm...kekasih gelap? korang ta payah la ingat aku nih sugardaddy or sugarmummy. okayy.. jujur, aku masih suka lelaki sebab nanti bakal suami aku pun lelaki juga. kekasih gelap aku ni adalah bestfriend perempuan aku laa..dulu, aku mmg ramai skandal ouh..tgk..korang mesti ingat aku les ke ape...biar aku jelaskan dulu, aku ni mmg suka main2+kaco2 org..semua kwn2 perempuan aku adalah kekasih aku sebenarnya.....aku pernah dianggap anti lelaki..wuuhh..sgt kasar jugak la, padahal gadis yg muke lembut+ayu macam aku nih ta ade langsung ciri2 nak anti2 lelaki larh..maybe la kowt, yg ckp tu pun lelaki so aku pun take positive dgn mengatakan itu adalah tidak benar...haish. mana mungkin aku bisa anti lelaki..kalau betul la aku ni anti lelaki mesti aku dah removed sume lelaki sbgai friends di fb..betul tak? betul tak? okayy. tanak ar ckp pasal ni lg, nnti korang yg bace pasal ni mesti ingat aku pun mcm tu....

Kekasih gelap tu bunyi mcm bahaya sikit la..laen2 org, laen2 pendapat...tapi kekasih gelap aku kat sini adalah kawan2 perempuan aku.. Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama...

SITI AISHAH a.k.a chot..(yg pakai spec hitam gaya mcm beyonce tu
 la salah seorg kekasih gelapku...)
SILA KLIK di sini...chot buatkan untuk aku satu post yg istimewa kat blog dia..cube korang usha..aku hargai sgt2. thanx, dear!
 

~farah zaty~

wani a.k.a ontek dan shafina

Dulu time aku duduk asrama, baru la aku belajar erti persahabatan yg sebenar. Betapa pentingnya kawan. Tetapi kita harus bijak memilih kawan supaya tidak memakan diri sendiri. Kekasih gelap aku yg sering melayan telatah dan kerenah aku yg dikatakan gila2. Sekarang bila dah jarang jumpa kawan2, aku mula rasa sunyi. Nak gelak ketawa pun tak sekuat dulu. Tak ada lagi org2 yg nak aku usik dan bermanja. Inilah perlunya kawan.  Korang tahu tak sebenarnya, kawan ni penting dalam hidup. Maybe la ade yg cakap, "ahh..peduli ape aku.. Dari aku keluar ngan dia, baek aku pegi dating je ngan bf/gf aku". Terpulanglah pada diri masing2, dimana letaknya kepentingan seseorg individu itu dalam hidup korang. Korang yg tentukan. Siapalah aku nak menghasut, aku hanya menulis apa yg terlintas. (mood blog aku selalunya pkul 2 atau 3 pg, okayy..tade kaitan pun, saje nak cakap)
see..kawan untuk gelak tawa mmg ramai, tp susah nk cari kwn untuk menangis sama2 kan?

Sebut je perkataan kekasih gelap org mesti terbayang ada salah sorang pasangan itu berlaku curang sebab simpan kekasih lain. Bukannya kekasih tu berkulit gelap, tetapi kekasih lain yg disimpan secara diam oleh seseorg itu tanpa pengetahuan pasangannya. Korang pernah dengar tak lagu UNGU yg bertajuk "kekasih gelapku".? Cuba korang hayati betul2.. Bila aku dgrkan, aku mesti bayangkan lelaki itu ada kekasih gelap yg laen. Dan aku berasa sedih kalau jd gf lelaki itu sbb lelaki tu dah curang. Okayy..Terpulanglah. Aku bukan berdarah seni, nak memahami lirik2 lagu nih. Curang? Kekasih gelap? Eyps...Ada seseorang pernah memberitahu aku, perempuan jangan risau. Lelaki yang tidak setia, curang adalah bodoh. Aku terdiam sewaktu pertama kali mendengar dan membaca apa yang ditulisnya. Terfikir mungkin ada kebenaran walaupun ternyata, di dunia ini, ada sahaja perempuan curang dan lelaki menjadi mangsa. Betul atau tidak? Ah, tidak perlu dijawab. Kita kadangkala akan menangisi kecurangan seseorang itu.Persoalannya, perlukah kita melakukan sedemikian rupa?Jawapan aku mudah sahaja, terpulang. Manusia ini, ahh, rumit.

So, tak kesah la siapa pun kekasih korang. Kekasih gelap ke, kekasih cerah ke.. Yg paling penting hargailah org2 yg bersama korang termasuklah kawan2. Kita memang inginkan seorang kekasih hati yg baik dan sempurna. Tapi, sedarlah bahawa kita juga tidaklah sempurna mana. Kita sebagai manusia sbnanye memang tak lari dari merancang. Kita merancang macam-macam benda. Dari merancang nak makan ape sampai merancang nak dapat anak berapa. Okay, itu normal. Bak kate omputeh, if you fail to plan, you plan to fail. Aku ringkaskan maksud dia, kalau kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal. Tapi, bila perancangan kita menemui kegagalan, kita cenderung untuk bersedih bukan? Sebab kita selalu lupa yang menjayakan rancangan kita tu bukan datang dari usaha kita semata, tapi jugak dari izin-Nya. Itu yang kita sering sangat lupa. Bila aku maksudkan kita, aku masukkan diri aku sekali maksudnya.

Thursday, April 7, 2011

hidup ini perlu pengorbanan.....


Aku sering melalukan pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Yea, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Biarlah aku berkorban untuk kebaikan orang yg aku sayang..Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera. 

Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya aku terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam aku lakukan, tetapi mereka mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidup. Selepas itu aku akan terfikir, mengapa aku harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini? Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Emm...dunia.Aku terima seadanya, kerana aku percaya Allah tidak akn membebani hamba-Nya dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya.
Sejak kecil lagi aku sudah biasa hidup dalam kekurangan. Sedikit pun aku tidak pernah melatah kerana hidup ini beginilah yg menjadi aku insan yang kuat dan tabah. Kenapa hari ini aku baru terfikir tentang pengorbanan? Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan sejak dulu lagi? Hanya satu sahaja jawapan yg aku ada, aku pun manusia biasa jugak yg kdg2 sering leka dengan kehidupan dunia. Aku bukanlah org yg sempurna, tp hari demi hari aku akn sentiasa belajar untuk membaiki diri aku.


Mungkin...secara fizikal org tidak dapat menilai kehidupan aku yg sebenarnya. Aku mungkin akn menjadi seorg yg perahsia dengan org2 yg aku tidak selesa berkwn dan mereka yg baru aku kenal.Tetapi mereka yg betul2 kenal aku, tahulah diri aku sebenarnya. Aku tak suka drama Banyak bercakap dan selalu ketawa. Itulah aku. Kwn2 aku menggelarkan aku ni "diari bergerak" sebab kisah hidup aku sering aku kongsi dengan org2 yg aku percaya. Bila org tanya aku kenapa aku selalu happy? yea..aku akan cakap aku happy dengan life aku. Tetapi tidak semua benda aku dapat pertahankan perasaan gembira aku. Bagi aku,berasa sedih itu sangat lah tidak seronok dan jujur aku belum pernah temui rasa yg cukup bahagia. Tp aku sentiasa beri peluang kpd diri aku untuk gembira. Yea, aku gembira walau jauh di dalam hati tiada siapa yg rasa apa yg aku rasakan.
Sesungguhnya pengorbanan seseorang amatlah berharga.

Pengorbanan seorg kekasih yg terpaksa melepaskan kekasihnya kpd org lain....


tapi lebih berat lagi pengorbanan seorg abg terhadap adiknya yg sudah kematian ibu bapa
  
pengorbanan seorg banduan yg meninggalkan isteri yg sedang hamil di rumah demi menjalani hukuman gantung yg dijatuhkan...

pengorbanan seorg ibu tunggal yg membesarkan anak perempuannya sehingga dewasa..

Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa. Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita. Aku bersyukur kerana aku adalah aku.

penah tak rasa pengorbanan seorg bayi yg dilahirkan tanpa kasih syg seorg ayh?
sedih...tapi, itulah realiti yaya.

Tuesday, April 5, 2011

wee hooo....!!!

assalamualaikum semua....!!

before i start my post here, i want to apologize to you all because since a long time i didn't update my blog..sorry guys, a little bit busy now..(ok..udah2 la speaking yaya..kita org melayu, ta payah nk speaking sgt la kn..bahasa jiwa bangsa ok! hehe..)

sekali lagi, maaf diminta kerana sudah lama tidak menjenguk blog aku nih...abes bersawang, berhabuk tebal, senang cite aku selama ni anggap mcm blog ni isteri tua la kowt..duk busy melayan isteri muda..okayy.. aku tipu..mmg ta same perumpamaan ni dgn aku ta update blog...

nak kata aku busy, ade la jugak sikit2...aku ade buat kerja part time...keje kat butik pengantin....tp, best sgt2..tgk org buat pelamin..ade la blaja cara2 nk dress-up..tgk mak andam duk solek2 org...aku ni, simple je org nye, jujur la kn setiap kali aku keluar rumah aku just pakai bedak ar paling koman..kalu maju sikit aku letak lip balm sikit ..lip balm ok, not a lip stick....nak kata solek2 or touch up muke nk lawa mcm lisa surihani idak ler...maybe belum tiba masanya kowt, even kt hostel dulu aku terkenal dgn produk safi balqis..hah..aku promote ar sikit, produk kecantikan yg aku pakai dri start skula menengah sampai ar skrg...aku dri dulu pkai safi je, pencuci muka, pelembap, lotion, skrub, toner dn krim sumenya safi..ramai gak kwn2 aku pakai produk ni, dh terjamin selamat dan suci...kalu nak muke berseri-seri lg, ambik wudhu 5 kali seary, insyaAllah lg bertambah serinya..hehe...

aku bekerja di butik untuk mengisi masa yg ade dn mencari pengalaman...bukan ats sebab duit, tetapi ilmu yg dicari...setiap ary nengok baju pengantin..but serius! kdg2 aku rasa mcm ta sabar ouh nak kahwin...haha...(angan2 je pun, bf pun tade) kalau boleh aku tanak bf, aku nk husband terus....macam manakahh itu? btw, aku ta jamin laa...ape2 tu semua dah ditentukan..kita hanya mampu merancang, Dia yg menentukan segalanya...okayy..kazen aku ckp aku ni memilih la kununnya, sbb tu la masih single...aku menafikan statement itu..jujur la kan, ta ramai pun lelaki yg pernah terlibat dlm hidup aku nih..satu hari nnti awok ade la teman...kome nunggu je laa...kak limah tu pun dulu nunggu jugak..hehe....

Bintang Paling Popular 2010: Shaheizy Sam
anugerah bintang popular, gambar abpbh 2010, gambar anugerah bintang popular 2010, abpbh 2011, gambar artis masa red carpet abpbh, red carpet abpbh, artis seksi red carpet, artis malaysia, NAJAZ, gambar fasha sandha, fasha sandah seksi, aznil, fasha sandha abpbh, zizan raja lawak, senarai pemenang ABPBH 2010, senarai pemenang ABPBH 2011, artis malaysia seksi, artis malaysia bogel, bogel, anuar zain, anuar zain ternding twitter, twitter, persembahan abpbh 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, zizan, yuna, shaheizy sam, shaheizy sam menang abpbh2010, adnan sempit
okayy..aku tak minta nk bf yg mcm ini...

ataupun yg ini.........
 
Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan

punya la best ABPBH tahun nih...ni la aku rasa awards yg paling best ar...mcm2 lawak ade..yg paling enjoy part nk umum bintang popular tu..bila si usop dan johan naik stage....haha..sape nengok, deme tawu lahh...
 
oh..soley soley......

"sape mahu awok umumkan sila angkat tgn mcm awok"

 fuuuhh..serius lawak! aksi dan gelagat deme tu....gamat dewan ABPBH mase tu..aku tgk live je kat rumah...hehe...korang tawu ta si usop ni terus femes lepas abis ABPBH..hebat betul penangan hantu kak limah ni..bygkan la dlm mase 24 jam je, dia dh ader 17.000 fans kat fb! kalah shaheizy sam yg menang malam tu......next ABPBH maybe si usop ni plak amik awards kowt! haha

p/s: aku mmg org perak asli...bukan org asli ok, the real org perak...aku bangga ouh jd rakyat perak...bola sepak perak pun dah semakin power larh! even, aku ni ta reti la nk ckp loghat utara nih, aku tetap bangga...aku dtg dari family campur2...mix kedah, penang dan perak...sbb tu la lidah aku ta berapa nk slank utara sbb aku berlaku adil...

Tuesday, March 22, 2011

redha....

tiada ape yg ingin ku luahkan....
biarlah apepun yg terjadi, aku terima....
selama ini aku dah berusaha dan skrg tibanya masa perlu bertawakkal sahaja....
biar ape pun keputusan ku, aku terima dgn hati yg tenang..
InsyaAllah..aku sudah pun melakukan yg terbaik...
walau yg terbaik itu masih lagi ader yg terbaik...
aku tidak mengharapkan harapan yg tinggi, kerana aku sedar di mana kemampuan aku sebelum ini...
kejayaan atau kegagalan aku pada hari ini sedikit pun tidak akn mematahkan semangat aku untuk terus mengejar segala cita2 dan impianku...
kalau aku tidak berjaya disini, tidak bermakna tiada harapan lg untuk aku...
aku berjanji yg aku akn buktikan kpd semua org yg aku mampu lakukan yg terbaik................................................

Thursday, March 17, 2011

tired.....

hari ini aku rasa terlalu penat...3 hari 3 malam aku menjaga zaim...makan dan minum dia, tambah2 lg dia tgh demam dan skrg baru jew sembuh...serius memerlukan tahap kesabaran yg sgt tinggi....mlm tadi aku keluar dgn sis..sis ajak teman pegi shopping...sempat juga aku membeli sehelai t-shirt bodyglove..aku mmg dah lama cari design yg mcm itu..alhamdulilah, aku berjaya mencarinya....

esok aku dah tiada dirumah kerana akan pergi ke jb dan melawat kazen aku di singapore..hari jumaat aku akn merantau ke perlis dan kedah pula sehingga hari sabtu....ats urusan2 tertentu..sambil2 tu aku mkn angin la sekali....okayy ..jam dah pukul 1 pagi dan aku masih belum tidow dan yg paling penting satu brg pun belum packing...

special thank you to ****, u made me always smile...walau jauh disudut hati kenangan kisah silamku masih segar dan ianya sentiasa menjadi pengajaran bagiku..jangan mudah percaya org...org yg kita pernah syg dulu mungkin akn bertukar menjadi org yg paling kita benci dlm hidup....benda itu benar2 berlaku dlm hidup aku...tp, aku bukanlah pendendam, yg berlalu biarkan sahaja...aku sentiasa bersyukur dan mendoakan yg terbaik dalam hidup....ta semua org faham dan betul2 tahu tentang hidup aku..realiti yg aku lalui selama belasan tahun...mmg penat....keputusan spm dah nak keluar minggu depan dan sebenarnya masih jauh lagi kehidupan yg aku perlu lalui selepas ini...aku akan tempoh alam dan fasa hidup yg mungkin akn lebih mencabar.....all the best yaya...~

Wednesday, March 16, 2011

married~


eyps...rasanya belum terlambat lagi kalau aku ingin mengucapkan
selamat pengantin baru kepada teacher maisara...
tahniah kerana beliau akan menamatkan zaman singlenya dan skrg dah bergelar isteri org....

okayy..ignored yg disebelah kiri dan kanan tuh..focus kat yg tengah2 tu jew....mrs. maisara, guru fizik yg mengajarku fizik selama dua tahun..

tahniah di ucapkan kpd teacher yea...lepas nih, dah jadi isteri org dan hope jd isteri yg baek disamping suami tercinta..ohh yea, lupe nak mention nama suami teacher..org nyer seorg ustaz yg femes gak kat semesti...ustaz zaimizam, org kelantan mari..hehe..seorg ustaz yg sempoi dan muka ada la ala2 farid kamil gitu..haha...

bila aku pegi kenduri kahwin, aku ader la berangan gak nak jadi cantik mcm pengantin  tu..muke berseri-seri..dlm erti kata lain jadi raja sehari..waahh..ta ke seronok jadi raja? walaupun hanya sehari, tp tetap bermakna..bila pulak aku nak kahwin..?err..err...lambat lagi la dear...haha...kalau ade jodoh ta kemana pun...setiap org itu, sudah ditentukan jodoh masing2...
*berikut merupakan dialog aku dgn wani tyme study sama2 dulu*

yaya: wani, kau rasakan bf aku nanti hensem ke ta?(sempat lg berangan lepas fade up jwb add math)
wani: (dgn aksi beria) aku rase hensem kowt..
yaya: ehh..ye kew..?
wani: yea la...kau rase aku mcm mana? dapat bf hensem ta? (tanya dgn penuh semangat)
yaya: emm..ta hensem..(aku jwb dgn penuh konfiden)
wani: laa...kenapa? (ta puas hati ngan jawapan aku)
yaya: sebab....bf kau yg hensem2 sume nak kat aku..so,tinggal yg biasa2 jew...

*lepas tu, dua2 gelak mcm org gila...aku maen2 je ok...damn..serius rindu nak manja2 ngan wani..(kami ta les,kami hanya jambu)

see...serasi kan? hot couple oh the year.....haha

okayy.. dalam banyak-banyak benda yang aku paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu... kononnya sayang sangat kat isteri, so nak kawin lebih dari satu so isteri no1 boleh masuk syurga? Oh pliss larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. 

Sebelum kahwin, lelaki asyik rosakkan kaum hawa jew. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa yea? nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah banyak lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? (kpd lelaki2 yg ta berkaitan, jgn terasa la yea)  

kat sini, ada sedikit warkah kepada calon suamiku...

Wahai calon suamiku,jika harta yang engkau idamkan, maka ketahuilah diriku bukanlah orang yang berada. Tiada harta yang dapat kupersembahkan dalam ijab-kabul kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahwa engkau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab-kabul telah dilafazkan.Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Jika keturunan yang engkau dambakan, ketahuilah bahwa aku hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bonda Siti Hawa as,sama seperti mu.

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa engkau juga tidak terlepas seperti manusia yang lainnya. Ketahuilah wahai calon suamiku, jika kecantikan itu yang engkau inginkan dari diriku, maka engkau telah salah langkah. Tiada kecantikan yang terlihat orang lain yang dapat kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Engkau hanya akan sia-sia jika hanya menginginkan kecantikan lahiriah semata. Dan aku tidak dapat menjanjikan, bahawa aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, krn aku memerlukan engkau untuk bersamaku untuk menegakkan kebahagian yg dibina, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan masjid yg dibina tersergam indah sepanjang hayat....Aku yakin bahawa engkau adalah pemimpin untuk diriku dan anak-anakku sebagai ketua keluarga yg bertanggungjawab....

 

Thursday, March 10, 2011

hey lelaki, perlu ke kumpul perempuan keliling pinggang...?

aku kenal seorg lelaki yg sebaya dgn aku di fb...sejujurnya, aku ta penah kenal dye..tp, kalau dye nampak aku online, dye mesti tegur aku kat chatbox..dan bila dye nak off, mesti dye minta no fon aku...beria kan? kan? aku kdg2 naek rimas pun ader.....smpai la satu ary, dye minta no fon aku lg...aku mula naek tension, nak bgi ke tak? ape motif mamat nih sebenarnya..?yea la kan, org skrg bukan bley percaya pun.... aku ade minta opinion kat kwn2 aku yg kebetulan tgh online sama ade patutkah aku memberi no fon telefon kpd jejaka itu...aku tanya fira, dania ngan opick...amik kau, 3 org terus aku minta pandangan nak bgi ke ta no fon...dan dorang sume setuju kalau aku bgi...mcm dorang nih bersubahat plak ngan lelaki tu...


fira: bgi jew laa...dah dye beria mintak..dye ikhlas nak kwn ngan kau..tapayah jual mahal plak kak oi..
dania: kasi jew..no fon, bukan alamat rumah kau..bukan bley buat ape2 pun..
opick: relax ar...no fon je pown, gaya kau mcm dye minta kawin..kelam betul..

haaa...amik kau...respon dari opick yg paling bikin aku panas...setelah lama memikirkan, aku pun bgi lah no fon maxis aku....dan lepas tu dye terus sms aku....

X: hello! how are you? i really miss u baby..

me:( baca sambil ckp "what the hell..?") hello back...

X: y ur sound look so moody?

me: eyps..sory..no larhh..i'm okayy...

X: Do you think we could be more than a friend?

me: Wut type of question that? U look so weird~ ( err...err..ta pasal2 plak aku ditanya..)

X:  Seriously u are different and I want to know u more...can I? Some people are meant to be just friends, and some more than that..

me: Eyps..I'm sorry..Kita baru je kenal kowt?...kawan jew laaa kannnn...

X: can I hangout with you..?

me: err..err..that's is so fast.. I don't think so..It takes time for me to meet sumone new...

X: Then when..? 

*gelabah gila mamat nih...relax la bro...

me: I'm sorry..I prefer to be friends with you now and not more than that...So, I don't know..Sorry again..

chill larh broo....aku nak kawan jew kowt...ta ade rasa lngsung nak go any further dgn kau..dulu pun kau ckp nak kwn je pun dgn aku....so pelik larh kau...

petang td sedang aku tgh feeling menonton tv seorg diri di ruang tamu...then, fon aku berdering..tp, number ta kenal..aku biar jew la...malas nak angkat..then, kali kedua no tu call aku lg..bila aku melihat kesungguhan si pemanggil nak ckp dgn aku, aku pun jawab laa....

me: hello..?

si gadis: hello...?

me: yeaaa...?

si gadis :*err...emm...ni yaya ke?

me: yea..it's me...siapa ni?

si gadis: siapa saya tu ta penting....saya nak bercakap dgn awk..

haa...menjadi kepantangan aku bila org tepon aku, kenal aku..tp, aku ta kenal dye..bila tanya nama tanak bgitaw...blahh..silly!

me: eyps..bgi awk mmg la ta penting kowt, tp bgi saya penting...awk kenal sye, awk tawu no fon sye, awk call sye, tapi sye ta kenal awk..itu sgtlah ta best...who are u actually..?

si gadis: emm..saya nak tanya satu bnda je yaya...

me: okay la..kita ckp straight to forward la k...awk nak tanya sumting kat saya, tapi saya ta kenal awk..nama pun tak tawu..so, awk ingat saya akn jawab pertanyaan awk..?

si gadis:*diam sekejap* baek lah...nama saya, kak limah (bukan nama sebenar)..

me: owh..okayy kak limah..ade ape sebenarnya?

si gadis: awk kenal pak jabit kan...? (bukan nama sebenar juga)

me: pak jabit?

si gadis: hu'ah..pak jabit kaki perempuan..(dye sebut full name terus)

me: owhh...pak jabit kaki perempaun tu..yes, kenal2...kenapa?

si gadis: dah lame ke kenal dye..?

me: ehh..baru je..ta ade la kenal sgt...

si gadis: ow..awk suke dye ta..?

me: eyps...ehh..ta ade la..serious ta..just friend..

si gadis: sure? sikit pun ta..? mcm mana bley kenal dye?

me: kak limah, jujur sye ckp yg sye ta ade ape2 ngan pak jabit..kami kwn je..lgpun, kitorang hanya kwn di fb je..dan ta lebih dari itu..serious ta ade ape2..percayalah..awk ni gf dye ke?

si gadis: ye..sye gf dye...tp, sejak kebelakangan ni dye dh mcm ta layan sye sgt..dan kalaulah awk ni gf bru dye, sye nak lepaskan jew dye..

me: ehh..jangan..jangan..serious, saye ta ade ape2 ngan dye..sye nak minta maaf kat awk kalu ade sakitkan hati..tp, sye tapenah ade ape2 perasaan kat dye...okayy?

si gadis: okay..ehh..awk ta perlu minta maaf sbb bukan awk yg bersalah...pak jabit mmg perangai mcm tu..kdg2 sye pun ta tahan ngan sikap dye..maafkan sye juga sbb kacau awk...

lepas dah abes ckp, kitorang terus letak phones.. woohh..dahsyat sungguh lelaki zaman skrg nih..dh ader gf pun masih nak mencari lg...sudah2 la tu...haish..perlu ke ramai2 gf nih? ta pening kepala ke kumpul ramai2 perempuan? buatkan stress je hidup..aku pun tataw la kan, sbb aku nih perempuan..so, ta dpt lah rasa mcm nak jd lelaki yg kaki perempuan..oppss...kalu aku lelaki pun, aku takan jd kaki perempuan kowt...haha..

eyps..ni dah tua2 pun masih nak menggatal...

boleh eh, kalau dh ta suke kat perempuan tu terus tinggal mcm tu jew? then, cari perempuan laen..?aku ta fhm betul laa...aku selalu terperangkap dlm case mcm nih...bosan betul...aku ta suke plus menyampah la kalu ade lelaki yg kaki perempuan nih..aku rasa lelaki tu lah yg paling annoying sekali..please la, berubah sikit....aku ta minat larh, malah lg anti dgn kewujudan lelaki yg kaki perempuan dan mata telanjang nih..oppss..*typing error..mata keranjang okayy...

*p/s: bila aku okayy dan friendly dgn org, org akn ambil kesempatan kat aku..so, lepas ni aku kena 'sombong' la kan..?...yea...sombong yg baek je...hehe. dan lepas ni, aku tanak kasi no fon pada org yg ta kenal lg..serius!