Saturday, June 18, 2011

jangan bermegah dengan apa yg kau ada sekarang..................

Pengalaman akan memberikan aku sesuatu yang tidak pernah aku mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan aku berjaga dan menjadikan aku tidak mahu alpa walaupun hakikatnya aku masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian aku itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan melihat keadaan sekeliling yg sangat rumit.

Maaf..aku perempuan. Kenapa?  Perempuan tidak ada hak untuk bersuara? Aku bukan hipokrit!Sebenarnya, kau sedar atau tidak yg kau lebih hipokrit.. Sekali kau ckp pada org, tidak mustahil 10 org lagi akan kata benda yg sama pada kau...Sekali lagi.. Jangan cuba mencari kesalahan org lain demi menutup kelemahan diri sendiri. Maaf..
(Aku bukan dalam emosi kerana aku sedang menulis pada satu pagi yg diingin kedengaran air hujan menitis  yg sungguh mendamaikan di saat menghirup udara yg segar...itu sangat nyaman dan damai.....)


Aku sudah nyatakan bahawa aku sendiri tidak sempurna.

Yea... kau boleh kata pada aku apa-apa sahaja yg kau suka..Terpulanglah pada kau.. Tetapi mungkin disebabkan aku sudah terlampau banyak berjumpa dengan manusia dalam hidup aku serta akan berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari, aku memang tidak menerima benda begitu dalam hidup aku. Bila orang kata hidup ini ibarat pusingan roda, atau tayar atau planet sekalipun, terimalah hakikat bahawa secara saintifiknya, benda yang berada di atas akan turun ke bawah juga bila tiba masa dan saatnya. Hukum alam serta nasihat agama juga telah terselit peringatan ini semua. Dan aku, hanya cuma dapat melihat gelagat manusia yg mempunyai pelbagai aksi dan ragam..


Kawan, tidak ada yang salah dengan cinta.

Kau berhak memilih sesiapa sahaja.

Tapi, dalam perjalanan mengejar erti bahagia, jangan jadi manusia celaka dan berbahaya.

Berapa banyak hati manusia yang kau injak dengan megah?

Kesal aku kawan.

Kesal.


Kau boleh ketawa gagah dan megah.

Tapi jangan lupa satu perkara.

Hidup ini ibarat roda.







p/s: Seperti juga pakaian dan juga perhiasan, seseorang yang sesuai dengan kita akan hadir dan termuat dengan sempurna. Tiada paksaan, tidak perlu berhempas pulas dan tiada kesakitan serta kepedihan dalam menerima kehadirannya....