Wednesday, August 3, 2011

aku disini...

assalamualaikum. maaf kerana aku sudah lama meninggalkan blog ini. aku bukan sengaja, tetapi rutin harian yg semakin padat tidak mampu memberi ruang pada aku untuk bermanja di ats keyboard lappy aku untuk mencoretkan beberapa peristiwa hidup. Aku kini bukan lagi budak matrik. Aku bukan lagi geng budak Semesti yg bahagia hidup di matrik gopeng. Serius, terlalu berat utk aku pergi meninggalkan matrik. Terlalu bnyak memori tercipta. tapi, apakan daya.. Aku memilih hala tuju hidup untuk memastikan masa depan aku lebih terjamin.

3 ogos 2011. Genap sebulan aku kat bumi PPUM. Aku belajar macam2 benda. Pengalaman yg aku lalui sepanjang orientasi dan sebulan aku disini adalah pengalaman yg tidak akan ku lupa. Pelbagai jenis ragam dan gelagat manusia yg aku temui. Kawan2 aku yg dtg dri pelbagai jenis latar belakang. Berkawan dgn mereka yg berasal dri negeri yg berlainan. Berkawan dgn semua org tidak kira peringkat umur.

okay. aku mengejar masa..
hanya setakat ini yg mampu aku coretkan..
sekian, noktah.