Tuesday, February 21, 2012

HORMAT ;)

Dalam dua tiga hari ni, banyak sangat benda yang terjadi. Benda yang aku nak, benda yang aku langsung tak pernah mahu berlaku, bergaul antara satu sama lain dan menjadikan kehidupan semakin tunggang langgang di dalam kepala aku sendiri. Sakit hati, menyampah dengan semua yang berlaku membuatkan aku buat beberapa keputusan yang aku mula fikirkan kembali. Walaupun jujurnya tidak ada rasa kesal langsung. Buat apa aku mahu kesal, sekiranya aku buat keputusan untuk memuaskan semua pihak. 


Sesuatu yang aku paling suka pada diri aku sejak zaman sekolah di Semesti lagi, aku seorang gadis yang agak berani. Perempuan mcm aku ni, memang nampak diam. Tapi, aku tak akan terus berdiam semata-mata duduk dalam kelompok yang tidak pernah mengikut norma hidup masyarakat. Hormat. Itu penting bagi aku. Aku mmg diajar dari kecil untuk menghormati orang. Hormat pada Allah, ibu bapa dan sesiapa sahaja di sekeliling aku. 

Benar, hormatilah guru anda kerana dia memberikan ilmu walaupun lebih muda dari anda.

" Kalau kau nak jadi gangster macam aku, tak payah duduk kolej lagi. Jom, aku ajar kau jadi gangster!"

Dalam hadis pun ada menerangkan, betapa tingginya darjat seorang guru.

Kucing pun menyesal tak blaja bahasa melayu tau. Haha ;)

Serta, dalam menjalani kehidupan yang berantakan, aku bersyukur dan sangat berterima kasih dengan kehadiran teman yang mampu berfikir secara rasional dan logikal untuk aku yang mungkin nampak macam boleh hadapi semua benda seoarang diri, tapi sedikit terbawa dengan emosi. Ah, aku perempuan? Kenapa perempuan tidak boleh bersuara? Ciri-ciri umat akhir zaman, tidak ramai lelaki yang boleh memimpin. Bukan aku cakap tak ada, ada sahaja. Tapi tak sama macam puluhan tahun yang dulu. Tak sama macam apa yang aku belajar di Semesti dulu. Seorang ketua lelaki mampu memimpin anak2 buahnya dengan baik. 


Kadang2 naluri aku benar. Apa yang terlintas dalam fikiran aku, kdg2 memang berlaku dalam realiti hidup aku yang sebenar. Naluri tidak mahu terbawa dengan masalah dan mengakibatkan emosi makan diri aku sendiri. Ya, aku tak suka perkara sedemikian berlaku tetapi kadangkala untuk menegakkan sesuatu kebenaran amat sukar. 

Kawan lelaki : " Bagus2 tu yaya. Suka prinsip ko. Aku rasa ko lagi berani pada aku. Walaupun aku ni lantang berpolitik, tapi aku sendiri takut nak tegur kawan2 aku sendiri. "

Aku             : " Berani kerana benar..........."

Peristiwa seperti ini buat aku berfikir, apakah tindakan yang aku ambil rasional ataupun logikal ataupun mengikut kepuasan nafsu aku sendiri. Sesuatu yang aku tak suka apabila aku tak mampu untuk buat diri sendiri gembira tanpa perlu menjahit luka dan  duka yang dalam hingga buatkan aku seperti mayat bernyawa. Aneh perumpamaan ini, aneh lagi kesan yang tinggal dalam jiwa. 


Senyuman penuh pura, gerak geri penuh drama dan akhirnya aku yang sakit, makan diri sendirian. Tetapi, sesuatu membawa jiwa aku hidup kembali. Aku masih mempunyai prinsip hidup dan Allah sentiasa ada. Yea, ibu orang pertama bagi aku. Keluarga seterusnya rakan-rakan yang bersama-sama menelan kepahitan yang mungkin dirasai oleh aku.



Dan aku masih dalam perjalanan mencari sesuatu dalam hidup.
Langkah akan terhentu suatu hari nanti.
Tapi harapan tidak akan sama sekali..

Monday, February 13, 2012

:O



Nobody is perfect is only a fact, it should never be an excuse for making careless mistakes.

Sunday, February 12, 2012

Jika itu hanyalah satu ujian dari-Mu, aku redha.

Kadang- kadang rasa kosong. Lepas satu, satu masalah aku datang. Tension. Tapi aku cuba untuk sembunyikan kegelisahan aku yang sebenarnya. Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa sekarang. Orang-orang disekeliling aku mungkin ada yang dapat menangkap reaksi aku, dan mungkin juga tidak mengerti apa-apa. Aku mungkin agak emosi sejak kebelakangan ini. 


Sejujurnya, aku betul2 penat dengan keadaan macam ini. Aku ingat, bila dah belajar kat kolej hidup aku tidak lagi sama macam dekat sekolah dulu. Aku mmg  tidak pernah lari dengan  berjumpa dgn orang2 yang terlalu obses.




Barang aku hilang. Ini dah kali kedua barang aku hilang. Penat cari. Mula2 aku cari dulu, selalu kalau benda hilang kdg2 kita sendiri yg salah letak. Dah 2 minggu hilang, aku senyap je lagi. Sehinggakan bila dah konfem hilang. Aku mula berasa ragu. Memang tak elok buruk sangka pada orang. Tapi, itulah hakikatnya. Lepas dah redha je kehilangan yg berlaku, tetibe benda yg hilang ade balik dalam almari aku. Pelik. Aneh. Seribu persoalan. Tetapi, aku rasa sungguh bersyukur. Alhamdulillah. Setidak-tidaknya Allah beri peluang kepada aku untuk mendapatkan semula hak aku. Tapi, macam yang kawan aku cakap. Maybe ade org pinjam sekejap, lepas itu letak balik. Okay, aku terima. Biarlah apapun. Nanti ckp bukan-bukan, timbul fitnah pulak. Sabar yaya. Tapi, sampai bila nak sabar? Aku penat. Tapi, Allah kan masih ada untuk mengadu. *Hati kecil berkata-kata untuk sedapkan hati*


Kawan : " Yaya. ade hikmahnya semua tu. Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya "


Aku : " Ye. Aku terima dugaan itu. Kalau itulah ujian Allah terhadap aku. Aku redha"


Sebenarnya, masalah barang hilang bukanlah satu masalah besar kalau nak di ikutkan. Mungkin ada yg lebih besar. Bila dah serabut, masalah kecil pun boleh jadi masalah besar tau.

http://farm3.static.flickr.com/2764/4236127236_0b37829bdf.jpg


Ye. Kadang-kadang duduk sorang dlm bilik tu, mula la fikir mcm2. Rasa nak balik rumah, jumpa mak dan ayah. Masalah aku. Aku je yang tahu dan kdg2 bila rasa mcm beban, aku cerita pada org yg aku percaya. Aku tak pernah beritahu masalah aku di kolej atau dgn siapa2 pada ibu. Even, org cakap ibulah org yg paling baik untk meluahkan perasaan. Aku cuma tak nak ibu risau tentang aku. Cukuplah selama ini, ibu dah banyak berkorban. Aku pun dah makin dewasa, kena pandai bawa diri dan jaga diri.


Tetapi, aku tetap takut. Aku takut dgn keadaan sekeliling. Bila aku tahu aku dalam bahaya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Aku perempuan, kena jaga air muka. Maruah diri.


" Ya Allah, lembutkan lah hati aku. Jauhilah aku dari fitnah dunia. Lindungilah hamba-Mu ini. Peliharalah akhlak aku dan teguhkanlah iman aku"




Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
 ( At-Taghaabun:11)

Wednesday, February 1, 2012

Jodoh itu rahsia Tuhan ;)

Jodoh itu rahsia Tuhan. Hari ini kita bercinta. Esok kita berpisah. hari ini kita membenci. Esok kita mengasihi. Semuanya rahsia. Aku pun tak tahu bila jodoh aku, dengan siapa jodoh aku dan yang paling penting kekalkah jodoh? Aku pasti korang juga begitu. Kita hanya mampi berdoa. Hanya mampu berusaha. Menentukan bukan kerja kita. ;)

Aku pernah ada seorang sahabat. Berkasih dengan seorang lelaki. Bf kepada seorang perempuan. Kata sahabat itu, pada mulanya dia agak yakin lelaki itu adalah yang terbaik untuk dia. Yang mampu menjadi sinar bahagia yang seterusnya. Katanya, lelaki itu akan meninggalkan gf yang lama dan nekad untuk berkahwin dengannya. Entah betul entah tidak. Tapi aku yakin tak betul. Tapi tak apalah. Layankan saja. Kira macam Romeo dah jumpa Julietnya dah la..

Sahabat aku beritahu. lelaki itu akan putuskan hubungan dengan gf lama dan akan terus meminang dia. Tetapi aku suruh sahabat itu kembali berfikir.

Dan aku persoalkan,

Bahagiakah hidup dengan air mata orang lain?

Bahagia ke? Tapi itu lah, jodoh itu rahsia Tuhan. Kita tak tahu macam mana dia datang dan pergi. Nok komen banyak-banyak pun, kompleks sangat.  Macam nak huraikan maksud lukisan Van Gogh dan Pablo Picaso. Bukan kau lukis kejadian tu. Terlebih komen nanti, silap silap kau terjadi subjek dalam lukisan pula.

Berbalik kepada sahabat aku tu, aku suruh dia dekatkan diri dengan Allah. Minta petunjuk. Doa. Istikharah. Fikir dalam-dalam. Ini bukan cinta budak sekolah yang boleh pilih-pilih " U nak I ke KLCC?". Ini melibatkan seluruh keadaan sekeliling..

Alhamdulillah. Allah tolong. Dibukakan hatinya. Untuk berfikir;

"bahawa memang susah nak hidup bahagia dengan air mata orang lain"