Wednesday, February 1, 2012

Jodoh itu rahsia Tuhan ;)

Jodoh itu rahsia Tuhan. Hari ini kita bercinta. Esok kita berpisah. hari ini kita membenci. Esok kita mengasihi. Semuanya rahsia. Aku pun tak tahu bila jodoh aku, dengan siapa jodoh aku dan yang paling penting kekalkah jodoh? Aku pasti korang juga begitu. Kita hanya mampi berdoa. Hanya mampu berusaha. Menentukan bukan kerja kita. ;)

Aku pernah ada seorang sahabat. Berkasih dengan seorang lelaki. Bf kepada seorang perempuan. Kata sahabat itu, pada mulanya dia agak yakin lelaki itu adalah yang terbaik untuk dia. Yang mampu menjadi sinar bahagia yang seterusnya. Katanya, lelaki itu akan meninggalkan gf yang lama dan nekad untuk berkahwin dengannya. Entah betul entah tidak. Tapi aku yakin tak betul. Tapi tak apalah. Layankan saja. Kira macam Romeo dah jumpa Julietnya dah la..

Sahabat aku beritahu. lelaki itu akan putuskan hubungan dengan gf lama dan akan terus meminang dia. Tetapi aku suruh sahabat itu kembali berfikir.

Dan aku persoalkan,

Bahagiakah hidup dengan air mata orang lain?

Bahagia ke? Tapi itu lah, jodoh itu rahsia Tuhan. Kita tak tahu macam mana dia datang dan pergi. Nok komen banyak-banyak pun, kompleks sangat.  Macam nak huraikan maksud lukisan Van Gogh dan Pablo Picaso. Bukan kau lukis kejadian tu. Terlebih komen nanti, silap silap kau terjadi subjek dalam lukisan pula.

Berbalik kepada sahabat aku tu, aku suruh dia dekatkan diri dengan Allah. Minta petunjuk. Doa. Istikharah. Fikir dalam-dalam. Ini bukan cinta budak sekolah yang boleh pilih-pilih " U nak I ke KLCC?". Ini melibatkan seluruh keadaan sekeliling..

Alhamdulillah. Allah tolong. Dibukakan hatinya. Untuk berfikir;

"bahawa memang susah nak hidup bahagia dengan air mata orang lain"