Tuesday, February 21, 2012

HORMAT ;)

Dalam dua tiga hari ni, banyak sangat benda yang terjadi. Benda yang aku nak, benda yang aku langsung tak pernah mahu berlaku, bergaul antara satu sama lain dan menjadikan kehidupan semakin tunggang langgang di dalam kepala aku sendiri. Sakit hati, menyampah dengan semua yang berlaku membuatkan aku buat beberapa keputusan yang aku mula fikirkan kembali. Walaupun jujurnya tidak ada rasa kesal langsung. Buat apa aku mahu kesal, sekiranya aku buat keputusan untuk memuaskan semua pihak. 


Sesuatu yang aku paling suka pada diri aku sejak zaman sekolah di Semesti lagi, aku seorang gadis yang agak berani. Perempuan mcm aku ni, memang nampak diam. Tapi, aku tak akan terus berdiam semata-mata duduk dalam kelompok yang tidak pernah mengikut norma hidup masyarakat. Hormat. Itu penting bagi aku. Aku mmg diajar dari kecil untuk menghormati orang. Hormat pada Allah, ibu bapa dan sesiapa sahaja di sekeliling aku. 

Benar, hormatilah guru anda kerana dia memberikan ilmu walaupun lebih muda dari anda.

" Kalau kau nak jadi gangster macam aku, tak payah duduk kolej lagi. Jom, aku ajar kau jadi gangster!"

Dalam hadis pun ada menerangkan, betapa tingginya darjat seorang guru.

Kucing pun menyesal tak blaja bahasa melayu tau. Haha ;)

Serta, dalam menjalani kehidupan yang berantakan, aku bersyukur dan sangat berterima kasih dengan kehadiran teman yang mampu berfikir secara rasional dan logikal untuk aku yang mungkin nampak macam boleh hadapi semua benda seoarang diri, tapi sedikit terbawa dengan emosi. Ah, aku perempuan? Kenapa perempuan tidak boleh bersuara? Ciri-ciri umat akhir zaman, tidak ramai lelaki yang boleh memimpin. Bukan aku cakap tak ada, ada sahaja. Tapi tak sama macam puluhan tahun yang dulu. Tak sama macam apa yang aku belajar di Semesti dulu. Seorang ketua lelaki mampu memimpin anak2 buahnya dengan baik. 


Kadang2 naluri aku benar. Apa yang terlintas dalam fikiran aku, kdg2 memang berlaku dalam realiti hidup aku yang sebenar. Naluri tidak mahu terbawa dengan masalah dan mengakibatkan emosi makan diri aku sendiri. Ya, aku tak suka perkara sedemikian berlaku tetapi kadangkala untuk menegakkan sesuatu kebenaran amat sukar. 

Kawan lelaki : " Bagus2 tu yaya. Suka prinsip ko. Aku rasa ko lagi berani pada aku. Walaupun aku ni lantang berpolitik, tapi aku sendiri takut nak tegur kawan2 aku sendiri. "

Aku             : " Berani kerana benar..........."

Peristiwa seperti ini buat aku berfikir, apakah tindakan yang aku ambil rasional ataupun logikal ataupun mengikut kepuasan nafsu aku sendiri. Sesuatu yang aku tak suka apabila aku tak mampu untuk buat diri sendiri gembira tanpa perlu menjahit luka dan  duka yang dalam hingga buatkan aku seperti mayat bernyawa. Aneh perumpamaan ini, aneh lagi kesan yang tinggal dalam jiwa. 


Senyuman penuh pura, gerak geri penuh drama dan akhirnya aku yang sakit, makan diri sendirian. Tetapi, sesuatu membawa jiwa aku hidup kembali. Aku masih mempunyai prinsip hidup dan Allah sentiasa ada. Yea, ibu orang pertama bagi aku. Keluarga seterusnya rakan-rakan yang bersama-sama menelan kepahitan yang mungkin dirasai oleh aku.



Dan aku masih dalam perjalanan mencari sesuatu dalam hidup.
Langkah akan terhentu suatu hari nanti.
Tapi harapan tidak akan sama sekali..