Friday, April 15, 2011

okay tapi tak semestinya okay...

eyps...jangan tanya aku kenapa tajuk entry ni mcm org yg looser atau org yg frust bercinta. aku pun tak tahu kenapa aku ni. okay tp tak semestinya okay.

Hari ni memang semua serba tak kena....

Dah berapa kali aku menangis dan menitiskan air mata aku pun tak kira. Tapi kebanyakkannya benda yang selalunya, tak patut pun aku nak menangis.

Satu benda aku belajar hari ni;

"Semakin kau mengharapkan sesuatu, semakin benda yang kau harap tu akan pergi jauh dari kau."

Dan bila semua tadi dapat apa yang mereka inginkan, tiba tiba aku seorang je tak dapat apa yang aku harapkan, aku rasa macam satu dunia gelakkan aku. Sebab itulah pertama kali sejak entah bila, aku mengharapkan yang aku akan dapat benda tu. Tapi tak dapat jugak. Dan perasaan bila kau dah mengharap sesuatu, tapi tak dapat, memang tak seronok langsung...

Emosi aku sedikit terganggu.Entah kenapa malam ni, aku teringat ayah aku. Sekali lagi aku nangis. Aku nak rasa mcm org lain rasa. It's okay. Aku kena faham yg bukan aku sorang je kat dunia ni mcm tu.
Sebab aku rasa macam semakin besar, semakin aku jauh dengan orang yang aku sayang. Komitmen hidup semakin banyak. Macam aku sekarang terpaksa menjadi seorang pemburu kesenangan hidup di masa hadapan.

Aku rasa, susahnya nak cari rezeki, dan itupun aku menangis..

Aku tertiba mengalir air mata apabila tak pasal2 kena sound ngan gf org..Serius, aku tak tahu apa2 pun. Tetibe dia tanya aku, apa hubungan aku dgn bf dia. Aku ckp la kawan saja. Mungkin dia ada terbaca status bf dia yg aku komen kat fb. Before tu, aku mmg dah lama kenal kawan lelaki aku tu. Dia mmg ckp dia single la before ni. Aku tak kesa la, dia tipu aku ke apa. Dan yg peliknya gf dia tu bukanlah friends kwn lelaki aku tu di fb. Lebih merumitkan keadaan apabila emak kpd si perempuan tu pun ada add aku. Bygkan la, siap "like" semua status aku.. Ahh.. Aku malas nk masuk campur, padahal aku tegur pun jarang la dgn kwn aku tu. Number telefon semua tak pernah ada. Apatah lagi, nk kenal rapat2.. Agak tak logik disebabkan satu status di fb aku ditanya segala mcm persoalan. Sabar je laa... Inilah namanya hidup. Dan ini pun aku nak nangis. Padahal boleh je, aku tak payah amik kesa dan biarkan la hidup dorang sebab aku benar2 tak bersalah..

Aku tersentuh tgk keadaan nenek aku kat kampung. Aku rasa nak selalu jaga dia. Aku syg nenek aku sgt2. Aku tanak tgk nenek aku sakit, sbb aku pun akn rasa kesakitan yg nenek hadapi.Dugaan...

Aku nangis sekali lagi bila tangan aku kena pisau tyme nak potong buah epal kat dapur. Haish. Mungkin la ada rasa pedih sikit, tapi sebelum ni aku pernah kena luka yg lagi teruk. Ingat lagi dulu, aku kena pisau lipat yg  tajam sampai berdarah teruk kat lab bio dulu, elok je aku tak nangis malah aku siap ketawa lagi. Ahh.. Sakit sikit je, tu pun aku nak menangis.Hey.. Kenapa dgn aku ni?

Then, tadi aku tengok cerita Anak Halal.. Cerita tu mmg dah lama, ntah sejak zaman skula aku lagi. Dah mmg tak de kerja kat rumah sume filem box-office aku repeat balik. Dah mmg bosan tahap petala kelapan kowt.  Dan ada satu part kawan dia mati kena tembak tu, air mata aku berlinang. Itu pun aku nangis.

Rasa macam, macam mana la kalau kau tengok kawan kau sendiri yang kau sayang, yang kau pergi sekolah sama-sama, kau ponteng prep sama-sama, kau naik *dorm budak gedik lepas tu main-main hantu sama-sama, kawan yang makan meggi dalam gayung sama-sama sebab masa tu kita tak beli mangkuk lagi; mati depan mata. Tak kira la kena tembak ke or satu hari nanti bila kita dah tua.

Kompleks betul fikiran aku. Okayy la, mungkin aku senang absorb dengan filem yang aku tonton. Cuma hari ni aku emosi berlebih-lebih. Mungkin sebab rindu ke apa ke entah lah. Entah laa..

Aku nak luahkan satu benda ni. Tapi aku tak tahu la susah sgt. Ahhh.. Kenapa dgn aku ni?








 
mungkin juga kerana aku belum cukup kuat. entah. mungkin. segalanya mungkin.

Tuesday, April 12, 2011

down....

sekali lagi aku rasa down sangat2......



















tiada apa yg dapat dikongsi, aku berasa lemah di apit segala bagai masalah.
okayy...aku tahu. 
aku kuat....aku penyabar.
...................................................................................................................................................




T______________T

Saturday, April 9, 2011

kekasih gelapku...

woot...woot...

eyps...
Betul ke orang kata kalau bulu mata kita jatuh sebelah kanan, maknanya ada orang rindu dan kalau sebelah kiri, maknanya ada orang benci? Bebulu mata aku takde pon jatuh, tapi ramai je orang yang rindu aku. Benci pon ada jugak. Takpelah. Like I told you before, hate me or love me, it's still an obsession. Hehe..

Okayy..Intro kat ats tu mmg tak ada kaitan langsung dengan tajuk post aku..emm...kekasih gelap? korang ta payah la ingat aku nih sugardaddy or sugarmummy. okayy.. jujur, aku masih suka lelaki sebab nanti bakal suami aku pun lelaki juga. kekasih gelap aku ni adalah bestfriend perempuan aku laa..dulu, aku mmg ramai skandal ouh..tgk..korang mesti ingat aku les ke ape...biar aku jelaskan dulu, aku ni mmg suka main2+kaco2 org..semua kwn2 perempuan aku adalah kekasih aku sebenarnya.....aku pernah dianggap anti lelaki..wuuhh..sgt kasar jugak la, padahal gadis yg muke lembut+ayu macam aku nih ta ade langsung ciri2 nak anti2 lelaki larh..maybe la kowt, yg ckp tu pun lelaki so aku pun take positive dgn mengatakan itu adalah tidak benar...haish. mana mungkin aku bisa anti lelaki..kalau betul la aku ni anti lelaki mesti aku dah removed sume lelaki sbgai friends di fb..betul tak? betul tak? okayy. tanak ar ckp pasal ni lg, nnti korang yg bace pasal ni mesti ingat aku pun mcm tu....

Kekasih gelap tu bunyi mcm bahaya sikit la..laen2 org, laen2 pendapat...tapi kekasih gelap aku kat sini adalah kawan2 perempuan aku.. Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama...

SITI AISHAH a.k.a chot..(yg pakai spec hitam gaya mcm beyonce tu
 la salah seorg kekasih gelapku...)
SILA KLIK di sini...chot buatkan untuk aku satu post yg istimewa kat blog dia..cube korang usha..aku hargai sgt2. thanx, dear!
 

~farah zaty~

wani a.k.a ontek dan shafina

Dulu time aku duduk asrama, baru la aku belajar erti persahabatan yg sebenar. Betapa pentingnya kawan. Tetapi kita harus bijak memilih kawan supaya tidak memakan diri sendiri. Kekasih gelap aku yg sering melayan telatah dan kerenah aku yg dikatakan gila2. Sekarang bila dah jarang jumpa kawan2, aku mula rasa sunyi. Nak gelak ketawa pun tak sekuat dulu. Tak ada lagi org2 yg nak aku usik dan bermanja. Inilah perlunya kawan.  Korang tahu tak sebenarnya, kawan ni penting dalam hidup. Maybe la ade yg cakap, "ahh..peduli ape aku.. Dari aku keluar ngan dia, baek aku pegi dating je ngan bf/gf aku". Terpulanglah pada diri masing2, dimana letaknya kepentingan seseorg individu itu dalam hidup korang. Korang yg tentukan. Siapalah aku nak menghasut, aku hanya menulis apa yg terlintas. (mood blog aku selalunya pkul 2 atau 3 pg, okayy..tade kaitan pun, saje nak cakap)
see..kawan untuk gelak tawa mmg ramai, tp susah nk cari kwn untuk menangis sama2 kan?

Sebut je perkataan kekasih gelap org mesti terbayang ada salah sorang pasangan itu berlaku curang sebab simpan kekasih lain. Bukannya kekasih tu berkulit gelap, tetapi kekasih lain yg disimpan secara diam oleh seseorg itu tanpa pengetahuan pasangannya. Korang pernah dengar tak lagu UNGU yg bertajuk "kekasih gelapku".? Cuba korang hayati betul2.. Bila aku dgrkan, aku mesti bayangkan lelaki itu ada kekasih gelap yg laen. Dan aku berasa sedih kalau jd gf lelaki itu sbb lelaki tu dah curang. Okayy..Terpulanglah. Aku bukan berdarah seni, nak memahami lirik2 lagu nih. Curang? Kekasih gelap? Eyps...Ada seseorang pernah memberitahu aku, perempuan jangan risau. Lelaki yang tidak setia, curang adalah bodoh. Aku terdiam sewaktu pertama kali mendengar dan membaca apa yang ditulisnya. Terfikir mungkin ada kebenaran walaupun ternyata, di dunia ini, ada sahaja perempuan curang dan lelaki menjadi mangsa. Betul atau tidak? Ah, tidak perlu dijawab. Kita kadangkala akan menangisi kecurangan seseorang itu.Persoalannya, perlukah kita melakukan sedemikian rupa?Jawapan aku mudah sahaja, terpulang. Manusia ini, ahh, rumit.

So, tak kesah la siapa pun kekasih korang. Kekasih gelap ke, kekasih cerah ke.. Yg paling penting hargailah org2 yg bersama korang termasuklah kawan2. Kita memang inginkan seorang kekasih hati yg baik dan sempurna. Tapi, sedarlah bahawa kita juga tidaklah sempurna mana. Kita sebagai manusia sbnanye memang tak lari dari merancang. Kita merancang macam-macam benda. Dari merancang nak makan ape sampai merancang nak dapat anak berapa. Okay, itu normal. Bak kate omputeh, if you fail to plan, you plan to fail. Aku ringkaskan maksud dia, kalau kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal. Tapi, bila perancangan kita menemui kegagalan, kita cenderung untuk bersedih bukan? Sebab kita selalu lupa yang menjayakan rancangan kita tu bukan datang dari usaha kita semata, tapi jugak dari izin-Nya. Itu yang kita sering sangat lupa. Bila aku maksudkan kita, aku masukkan diri aku sekali maksudnya.

Thursday, April 7, 2011

hidup ini perlu pengorbanan.....


Aku sering melalukan pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Yea, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Biarlah aku berkorban untuk kebaikan orang yg aku sayang..Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera. 

Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya aku terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam aku lakukan, tetapi mereka mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidup. Selepas itu aku akan terfikir, mengapa aku harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini? Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Emm...dunia.Aku terima seadanya, kerana aku percaya Allah tidak akn membebani hamba-Nya dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya.
Sejak kecil lagi aku sudah biasa hidup dalam kekurangan. Sedikit pun aku tidak pernah melatah kerana hidup ini beginilah yg menjadi aku insan yang kuat dan tabah. Kenapa hari ini aku baru terfikir tentang pengorbanan? Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan sejak dulu lagi? Hanya satu sahaja jawapan yg aku ada, aku pun manusia biasa jugak yg kdg2 sering leka dengan kehidupan dunia. Aku bukanlah org yg sempurna, tp hari demi hari aku akn sentiasa belajar untuk membaiki diri aku.


Mungkin...secara fizikal org tidak dapat menilai kehidupan aku yg sebenarnya. Aku mungkin akn menjadi seorg yg perahsia dengan org2 yg aku tidak selesa berkwn dan mereka yg baru aku kenal.Tetapi mereka yg betul2 kenal aku, tahulah diri aku sebenarnya. Aku tak suka drama Banyak bercakap dan selalu ketawa. Itulah aku. Kwn2 aku menggelarkan aku ni "diari bergerak" sebab kisah hidup aku sering aku kongsi dengan org2 yg aku percaya. Bila org tanya aku kenapa aku selalu happy? yea..aku akan cakap aku happy dengan life aku. Tetapi tidak semua benda aku dapat pertahankan perasaan gembira aku. Bagi aku,berasa sedih itu sangat lah tidak seronok dan jujur aku belum pernah temui rasa yg cukup bahagia. Tp aku sentiasa beri peluang kpd diri aku untuk gembira. Yea, aku gembira walau jauh di dalam hati tiada siapa yg rasa apa yg aku rasakan.
Sesungguhnya pengorbanan seseorang amatlah berharga.

Pengorbanan seorg kekasih yg terpaksa melepaskan kekasihnya kpd org lain....


tapi lebih berat lagi pengorbanan seorg abg terhadap adiknya yg sudah kematian ibu bapa
  
pengorbanan seorg banduan yg meninggalkan isteri yg sedang hamil di rumah demi menjalani hukuman gantung yg dijatuhkan...

pengorbanan seorg ibu tunggal yg membesarkan anak perempuannya sehingga dewasa..

Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa. Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita. Aku bersyukur kerana aku adalah aku.

penah tak rasa pengorbanan seorg bayi yg dilahirkan tanpa kasih syg seorg ayh?
sedih...tapi, itulah realiti yaya.

Tuesday, April 5, 2011

wee hooo....!!!

assalamualaikum semua....!!

before i start my post here, i want to apologize to you all because since a long time i didn't update my blog..sorry guys, a little bit busy now..(ok..udah2 la speaking yaya..kita org melayu, ta payah nk speaking sgt la kn..bahasa jiwa bangsa ok! hehe..)

sekali lagi, maaf diminta kerana sudah lama tidak menjenguk blog aku nih...abes bersawang, berhabuk tebal, senang cite aku selama ni anggap mcm blog ni isteri tua la kowt..duk busy melayan isteri muda..okayy.. aku tipu..mmg ta same perumpamaan ni dgn aku ta update blog...

nak kata aku busy, ade la jugak sikit2...aku ade buat kerja part time...keje kat butik pengantin....tp, best sgt2..tgk org buat pelamin..ade la blaja cara2 nk dress-up..tgk mak andam duk solek2 org...aku ni, simple je org nye, jujur la kn setiap kali aku keluar rumah aku just pakai bedak ar paling koman..kalu maju sikit aku letak lip balm sikit ..lip balm ok, not a lip stick....nak kata solek2 or touch up muke nk lawa mcm lisa surihani idak ler...maybe belum tiba masanya kowt, even kt hostel dulu aku terkenal dgn produk safi balqis..hah..aku promote ar sikit, produk kecantikan yg aku pakai dri start skula menengah sampai ar skrg...aku dri dulu pkai safi je, pencuci muka, pelembap, lotion, skrub, toner dn krim sumenya safi..ramai gak kwn2 aku pakai produk ni, dh terjamin selamat dan suci...kalu nak muke berseri-seri lg, ambik wudhu 5 kali seary, insyaAllah lg bertambah serinya..hehe...

aku bekerja di butik untuk mengisi masa yg ade dn mencari pengalaman...bukan ats sebab duit, tetapi ilmu yg dicari...setiap ary nengok baju pengantin..but serius! kdg2 aku rasa mcm ta sabar ouh nak kahwin...haha...(angan2 je pun, bf pun tade) kalau boleh aku tanak bf, aku nk husband terus....macam manakahh itu? btw, aku ta jamin laa...ape2 tu semua dah ditentukan..kita hanya mampu merancang, Dia yg menentukan segalanya...okayy..kazen aku ckp aku ni memilih la kununnya, sbb tu la masih single...aku menafikan statement itu..jujur la kan, ta ramai pun lelaki yg pernah terlibat dlm hidup aku nih..satu hari nnti awok ade la teman...kome nunggu je laa...kak limah tu pun dulu nunggu jugak..hehe....

Bintang Paling Popular 2010: Shaheizy Sam
anugerah bintang popular, gambar abpbh 2010, gambar anugerah bintang popular 2010, abpbh 2011, gambar artis masa red carpet abpbh, red carpet abpbh, artis seksi red carpet, artis malaysia, NAJAZ, gambar fasha sandha, fasha sandah seksi, aznil, fasha sandha abpbh, zizan raja lawak, senarai pemenang ABPBH 2010, senarai pemenang ABPBH 2011, artis malaysia seksi, artis malaysia bogel, bogel, anuar zain, anuar zain ternding twitter, twitter, persembahan abpbh 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, zizan, yuna, shaheizy sam, shaheizy sam menang abpbh2010, adnan sempit
okayy..aku tak minta nk bf yg mcm ini...

ataupun yg ini.........
 
Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan

punya la best ABPBH tahun nih...ni la aku rasa awards yg paling best ar...mcm2 lawak ade..yg paling enjoy part nk umum bintang popular tu..bila si usop dan johan naik stage....haha..sape nengok, deme tawu lahh...
 
oh..soley soley......

"sape mahu awok umumkan sila angkat tgn mcm awok"

 fuuuhh..serius lawak! aksi dan gelagat deme tu....gamat dewan ABPBH mase tu..aku tgk live je kat rumah...hehe...korang tawu ta si usop ni terus femes lepas abis ABPBH..hebat betul penangan hantu kak limah ni..bygkan la dlm mase 24 jam je, dia dh ader 17.000 fans kat fb! kalah shaheizy sam yg menang malam tu......next ABPBH maybe si usop ni plak amik awards kowt! haha

p/s: aku mmg org perak asli...bukan org asli ok, the real org perak...aku bangga ouh jd rakyat perak...bola sepak perak pun dah semakin power larh! even, aku ni ta reti la nk ckp loghat utara nih, aku tetap bangga...aku dtg dari family campur2...mix kedah, penang dan perak...sbb tu la lidah aku ta berapa nk slank utara sbb aku berlaku adil...