Aku sering melalukan pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Yea, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Biarlah aku berkorban untuk kebaikan orang yg aku sayang..Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera.
Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya aku terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam aku lakukan, tetapi mereka mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidup. Selepas itu aku akan terfikir, mengapa aku harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini? Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Emm...dunia.Aku terima seadanya, kerana aku percaya Allah tidak akn membebani hamba-Nya dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya.
Sejak kecil lagi aku sudah biasa hidup dalam kekurangan. Sedikit pun aku tidak pernah melatah kerana hidup ini beginilah yg menjadi aku insan yang kuat dan tabah. Kenapa hari ini aku baru terfikir tentang pengorbanan? Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan sejak dulu lagi? Hanya satu sahaja jawapan yg aku ada, aku pun manusia biasa jugak yg kdg2 sering leka dengan kehidupan dunia. Aku bukanlah org yg sempurna, tp hari demi hari aku akn sentiasa belajar untuk membaiki diri aku.
Mungkin...secara fizikal org tidak dapat menilai kehidupan aku yg sebenarnya. Aku mungkin akn menjadi seorg yg perahsia dengan org2 yg aku tidak selesa berkwn dan mereka yg baru aku kenal.Tetapi mereka yg betul2 kenal aku, tahulah diri aku sebenarnya. Aku tak suka drama Banyak bercakap dan selalu ketawa. Itulah aku. Kwn2 aku menggelarkan aku ni "diari bergerak" sebab kisah hidup aku sering aku kongsi dengan org2 yg aku percaya. Bila org tanya aku kenapa aku selalu happy? yea..aku akan cakap aku happy dengan life aku. Tetapi tidak semua benda aku dapat pertahankan perasaan gembira aku. Bagi aku,berasa sedih itu sangat lah tidak seronok dan jujur aku belum pernah temui rasa yg cukup bahagia. Tp aku sentiasa beri peluang kpd diri aku untuk gembira. Yea, aku gembira walau jauh di dalam hati tiada siapa yg rasa apa yg aku rasakan.
Sesungguhnya pengorbanan seseorang amatlah berharga.
Pengorbanan seorg kekasih yg terpaksa melepaskan kekasihnya kpd org lain....
tapi lebih berat lagi pengorbanan seorg abg terhadap adiknya yg sudah kematian ibu bapa
pengorbanan seorg banduan yg meninggalkan isteri yg sedang hamil di rumah demi menjalani hukuman gantung yg dijatuhkan...
pengorbanan seorg ibu tunggal yg membesarkan anak perempuannya sehingga dewasa..
Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa. Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita. Aku bersyukur kerana aku adalah aku.
penah tak rasa pengorbanan seorg bayi yg dilahirkan tanpa kasih syg seorg ayh?
sedih...tapi, itulah realiti yaya.
sedih...tapi, itulah realiti yaya.









