Saturday, April 9, 2011

kekasih gelapku...

woot...woot...

eyps...
Betul ke orang kata kalau bulu mata kita jatuh sebelah kanan, maknanya ada orang rindu dan kalau sebelah kiri, maknanya ada orang benci? Bebulu mata aku takde pon jatuh, tapi ramai je orang yang rindu aku. Benci pon ada jugak. Takpelah. Like I told you before, hate me or love me, it's still an obsession. Hehe..

Okayy..Intro kat ats tu mmg tak ada kaitan langsung dengan tajuk post aku..emm...kekasih gelap? korang ta payah la ingat aku nih sugardaddy or sugarmummy. okayy.. jujur, aku masih suka lelaki sebab nanti bakal suami aku pun lelaki juga. kekasih gelap aku ni adalah bestfriend perempuan aku laa..dulu, aku mmg ramai skandal ouh..tgk..korang mesti ingat aku les ke ape...biar aku jelaskan dulu, aku ni mmg suka main2+kaco2 org..semua kwn2 perempuan aku adalah kekasih aku sebenarnya.....aku pernah dianggap anti lelaki..wuuhh..sgt kasar jugak la, padahal gadis yg muke lembut+ayu macam aku nih ta ade langsung ciri2 nak anti2 lelaki larh..maybe la kowt, yg ckp tu pun lelaki so aku pun take positive dgn mengatakan itu adalah tidak benar...haish. mana mungkin aku bisa anti lelaki..kalau betul la aku ni anti lelaki mesti aku dah removed sume lelaki sbgai friends di fb..betul tak? betul tak? okayy. tanak ar ckp pasal ni lg, nnti korang yg bace pasal ni mesti ingat aku pun mcm tu....

Kekasih gelap tu bunyi mcm bahaya sikit la..laen2 org, laen2 pendapat...tapi kekasih gelap aku kat sini adalah kawan2 perempuan aku.. Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama...

SITI AISHAH a.k.a chot..(yg pakai spec hitam gaya mcm beyonce tu
 la salah seorg kekasih gelapku...)
SILA KLIK di sini...chot buatkan untuk aku satu post yg istimewa kat blog dia..cube korang usha..aku hargai sgt2. thanx, dear!
 

~farah zaty~

wani a.k.a ontek dan shafina

Dulu time aku duduk asrama, baru la aku belajar erti persahabatan yg sebenar. Betapa pentingnya kawan. Tetapi kita harus bijak memilih kawan supaya tidak memakan diri sendiri. Kekasih gelap aku yg sering melayan telatah dan kerenah aku yg dikatakan gila2. Sekarang bila dah jarang jumpa kawan2, aku mula rasa sunyi. Nak gelak ketawa pun tak sekuat dulu. Tak ada lagi org2 yg nak aku usik dan bermanja. Inilah perlunya kawan.  Korang tahu tak sebenarnya, kawan ni penting dalam hidup. Maybe la ade yg cakap, "ahh..peduli ape aku.. Dari aku keluar ngan dia, baek aku pegi dating je ngan bf/gf aku". Terpulanglah pada diri masing2, dimana letaknya kepentingan seseorg individu itu dalam hidup korang. Korang yg tentukan. Siapalah aku nak menghasut, aku hanya menulis apa yg terlintas. (mood blog aku selalunya pkul 2 atau 3 pg, okayy..tade kaitan pun, saje nak cakap)
see..kawan untuk gelak tawa mmg ramai, tp susah nk cari kwn untuk menangis sama2 kan?

Sebut je perkataan kekasih gelap org mesti terbayang ada salah sorang pasangan itu berlaku curang sebab simpan kekasih lain. Bukannya kekasih tu berkulit gelap, tetapi kekasih lain yg disimpan secara diam oleh seseorg itu tanpa pengetahuan pasangannya. Korang pernah dengar tak lagu UNGU yg bertajuk "kekasih gelapku".? Cuba korang hayati betul2.. Bila aku dgrkan, aku mesti bayangkan lelaki itu ada kekasih gelap yg laen. Dan aku berasa sedih kalau jd gf lelaki itu sbb lelaki tu dah curang. Okayy..Terpulanglah. Aku bukan berdarah seni, nak memahami lirik2 lagu nih. Curang? Kekasih gelap? Eyps...Ada seseorang pernah memberitahu aku, perempuan jangan risau. Lelaki yang tidak setia, curang adalah bodoh. Aku terdiam sewaktu pertama kali mendengar dan membaca apa yang ditulisnya. Terfikir mungkin ada kebenaran walaupun ternyata, di dunia ini, ada sahaja perempuan curang dan lelaki menjadi mangsa. Betul atau tidak? Ah, tidak perlu dijawab. Kita kadangkala akan menangisi kecurangan seseorang itu.Persoalannya, perlukah kita melakukan sedemikian rupa?Jawapan aku mudah sahaja, terpulang. Manusia ini, ahh, rumit.

So, tak kesah la siapa pun kekasih korang. Kekasih gelap ke, kekasih cerah ke.. Yg paling penting hargailah org2 yg bersama korang termasuklah kawan2. Kita memang inginkan seorang kekasih hati yg baik dan sempurna. Tapi, sedarlah bahawa kita juga tidaklah sempurna mana. Kita sebagai manusia sbnanye memang tak lari dari merancang. Kita merancang macam-macam benda. Dari merancang nak makan ape sampai merancang nak dapat anak berapa. Okay, itu normal. Bak kate omputeh, if you fail to plan, you plan to fail. Aku ringkaskan maksud dia, kalau kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal. Tapi, bila perancangan kita menemui kegagalan, kita cenderung untuk bersedih bukan? Sebab kita selalu lupa yang menjayakan rancangan kita tu bukan datang dari usaha kita semata, tapi jugak dari izin-Nya. Itu yang kita sering sangat lupa. Bila aku maksudkan kita, aku masukkan diri aku sekali maksudnya.