eyps...rasanya belum terlambat lagi kalau aku ingin mengucapkan
selamat pengantin baru kepada teacher maisara...
tahniah kerana beliau akan menamatkan zaman singlenya dan skrg dah bergelar isteri org....
okayy..ignored yg disebelah kiri dan kanan tuh..focus kat yg tengah2 tu jew....mrs. maisara, guru fizik yg mengajarku fizik selama dua tahun..
tahniah di ucapkan kpd teacher yea...lepas nih, dah jadi isteri org dan hope jd isteri yg baek disamping suami tercinta..ohh yea, lupe nak mention nama suami teacher..org nyer seorg ustaz yg femes gak kat semesti...ustaz zaimizam, org kelantan mari..hehe..seorg ustaz yg sempoi dan muka ada la ala2 farid kamil gitu..haha...
bila aku pegi kenduri kahwin, aku ader la berangan gak nak jadi cantik mcm pengantin tu..muke berseri-seri..dlm erti kata lain jadi raja sehari..waahh..ta ke seronok jadi raja? walaupun hanya sehari, tp tetap bermakna..bila pulak aku nak kahwin..?err..err...lambat lagi la dear...haha...kalau ade jodoh ta kemana pun...setiap org itu, sudah ditentukan jodoh masing2...
*berikut merupakan dialog aku dgn wani tyme study sama2 dulu*
yaya: wani, kau rasakan bf aku nanti hensem ke ta?(sempat lg berangan lepas fade up jwb add math)
wani: (dgn aksi beria) aku rase hensem kowt..
yaya: ehh..ye kew..?
wani: yea la...kau rase aku mcm mana? dapat bf hensem ta? (tanya dgn penuh semangat)
yaya: emm..ta hensem..(aku jwb dgn penuh konfiden)
wani: laa...kenapa? (ta puas hati ngan jawapan aku)
yaya: sebab....bf kau yg hensem2 sume nak kat aku..so,tinggal yg biasa2 jew...
*lepas tu, dua2 gelak mcm org gila...aku maen2 je ok...damn..serius rindu nak manja2 ngan wani..(kami ta les,kami hanya jambu)
see...serasi kan? hot couple oh the year.....haha
okayy.. dalam banyak-banyak benda yang aku paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu... kononnya sayang sangat kat isteri, so nak kawin lebih dari satu so isteri no1 boleh masuk syurga? Oh pliss larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal.
Sebelum kahwin, lelaki asyik rosakkan kaum hawa jew. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa yea? nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah banyak lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? (kpd lelaki2 yg ta berkaitan, jgn terasa la yea)
kat sini, ada sedikit warkah kepada calon suamiku...
Wahai calon suamiku,jika harta yang engkau idamkan, maka ketahuilah diriku bukanlah orang yang berada. Tiada harta yang dapat kupersembahkan dalam ijab-kabul kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahwa engkau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab-kabul telah dilafazkan.Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Jika keturunan yang engkau dambakan, ketahuilah bahwa aku hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bonda Siti Hawa as,sama seperti mu.
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa engkau juga tidak terlepas seperti manusia yang lainnya. Ketahuilah wahai calon suamiku, jika kecantikan itu yang engkau inginkan dari diriku, maka engkau telah salah langkah. Tiada kecantikan yang terlihat orang lain yang dapat kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Engkau hanya akan sia-sia jika hanya menginginkan kecantikan lahiriah semata. Dan aku tidak dapat menjanjikan, bahawa aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, krn aku memerlukan engkau untuk bersamaku untuk menegakkan kebahagian yg dibina, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan masjid yg dibina tersergam indah sepanjang hayat....Aku yakin bahawa engkau adalah pemimpin untuk diriku dan anak-anakku sebagai ketua keluarga yg bertanggungjawab....







