Tuesday, January 10, 2012

langit yang menangis seakan memahami............



Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.
 Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..

 Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah.. 
Sesekali gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan .
 Menentukan kesabaran dan air mata.. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul.

 Usah di gusar pada anugerah Tuhan. 

Anggaplah sesekali 
diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.



Saturday, January 7, 2012

"saya pun ade hati dan perasaan jugak "

Assalamualaikum semua ;)
Hari ini Sabtu. Aku mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana melainkan bersendirian di bilik. Terlalu banyak benda yang berlaku pada minggu pertama bagi tahun 2012. Permulaan tahun yg sedikit hambar bagiku, tapi ade juga yang menyeronokkan..


Ade sesuatu yang menggangu fikiran aku beberapa hari yg lepas. Aku pun tidak pasti dengan keadaan diri aku skrg. Mungkin bila usia semakin meningkat, fikiran pun akan menjadi lebih kompleks. Mungkin betul dan mungkin aku sahaja terlalu ikutkan sgt perasaan.

"Kalau ikutkan hati, mahu saja aku kunci hati ini dengan mangga Solex tebal dan kemudian kunci ini aku campak ke laut."


Ya - cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta yang gagal seperti Quasimodo dengan Esmeralda, cinta gagal seperti Romeo dan Juliet dan cinta gagal seperti Uda dan Dara. 


Aku pernah mengeluh, "why jerks can get boyfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved", tapi seperti yang penyokong Liverpool pernah berkata, "you can't buy history". Benda yang agung macam ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, let alone dengan teddy bear besar gabak serta dressing baju Lady Like logo besar dengan pakai sun glasses kat dalam shopping mall. Cool ke tu? I'm not sure too.


Jadi bila aku kenang kembali, mungkin aku tak keseorangan. Mungkin cinta hati aku sedang berada di seberang lautan Pasifik, mungkin ia berada di Toulouse, Perancis. Mungkin di Konya, Turki. Mungkin tertinggal di Walthamstow, London. Mungkin di Calgary, Canada. Mungkin di Accra, Ghana. Mungkin di Lanus, Buenos Aires. Atau mungkin kat depan mata aku selama ni aku tak pernah nampak dia. Mungkin aku akan sibukkan diri aku, kunci hati aku dan campakkan kunci hati aku tu jauh-jauh. Siapa jumpa dialah bukak. Tapi kalau tak jumpa kunci tu, kalau rasa-rasa nak pecahkan mangga Solex tu - cubalah. Mana tau berjaya :)


Bukak FB ternampak satu status dari Ustaz Azhar Idrus -"Wanita yang suka melayan ramai lelaki, tidak sesuai dijadikan ISTERI"     Tapi, bagaimana pula jikalau lelaki yang suke melayan ramai perempuan?

Aku mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang aku lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum gembira, aku akan teruskan juga. Ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan ternyata, aku yang tanggung sendiri.

Keluarga aku adalah kekuatan diri aku. Itu antara penyebab kenapa aku perlu kuat. Walaupun kekuatan aku sering diuji dengan perbalahan kecil dan ujian berskala sederhana, aku mengerti tanpa mereka, aku mungkin sampah yang tiada nilai di dunia.

Air mata pernah tumpah. Aku pernah tewas. Aku pernah kalah. Kemarahan aku membuak seiring dengan kesakitan aku.

Pertahanan diri aku dicerobohi dengan kata-kata yang memakan diri.
Aku sedar yang aku bukan baik.

Senyum.
Kesat air mata.
Kenapa aku terlampau mengikut hati?
Biarlah orang lain mahu buat apa sahaja dan bergossip apa pun tentang aku.

Tapi, aku tak perlu risau dan gelisah kerana Dia ada untuk aku mengadu.
Ya Allah, jauhilah hamba-Mu ini dari fitnah dunia... 


Thursday, January 5, 2012

19 angka baru untuk tahun 2012 ;)


i'm 19 years old ryte now.

SELAMAT HARI JADI.


NURHIDAYAH BINTI KAMARULZAMAN
5 JANUARI 1993


Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang memberi hadiah dan ucapan hari jadi ;)

Sunday, January 1, 2012

selamat tahun baru 2012 ;)


intro post dgn satu gmbr pada 1/1/2012

Assalamualaikum semua ;)


Selamat tahun baru. Semoga tahun 2012 akan lebih bermakna kepada anda semua. Alhamdulilah dan syukur juga pada yg Maha Esa kerana memberi peluang utk aku masih bernafas di muka bumi nih.. Sebenarnya, sedar atau pun tidak umur pun semakin meningkat. Lagi beberapa hari lagi genaplah usia aku 19 tahun. Lima hari bulan januari nanti adalah tarikh yang akan menganjakkan usia aku utk tahun 2012. So, sekali lagi sambut hari jadi tanpa ibu tercinta. 


Selamat datang tahun dua ribu dua belas. Selamat bermulanya tahun masihi yang baru. Kita semua menyelak sehelai demi sehelai kalendar dinding atau meja dan juga ditelefon masing2 kan?  Melihat permulaan tahun baru Masihi sebagaimana permulaan tahun Hijrah. Banyak benda yang perlu dilakukan dalam hidup untuk menjadi manusia berguna. Dan aku sejujurnya, masih belum pasti akan kehidupan aku pada masa depan sama ada akan lebih baik. Dan semestinya ingin terus baik. Err. Azam tahun baru mestilah. Mestilah nak kawen! Oppss..


okay, saje nk upload gmbr2 kt bwh ni. scroll laju2 if bosan okay.

;p

ummi ;)


errkk?

i dunnoe wut's wrong with this pic ~

okay, it's weird.

 God, I know You are listening all the time .. You know how thankful I am to live and still breathe.
 Someone told me, "I have many friends, but I can't talk to any of them about my feelings and problems."

Ultimately, it is to Allah that we turn to for help. However, Allah made us in a way that we are in 

need of each other's company. Even the Prophet had his family and friends beside him. 

If one can't find solace in family and friends, where else?


‎"Growing old is mandatory. Growing up is optional."
goodbye 2011. welcome 2012 ;)

Saturday, December 31, 2011

biarlah.

saya tulis untuk saya rasa lega,
kurangkan rasa tersumbat kat dalam dada,

don't have to be so mad ,
takpe,
kalau rasa orang kata salah,
tunjukkan kebenaran,
bukan maki hamun serapah .
macam tu, apa pun tak akan ubah.

kalau orang pandang rendah,
jangan kita balas dengan maki,
kita senyum pun dah kira kita kuat dan tanda kita menang dalam kawalan emosi.

macam orang cakap,
action speaks louder than words.

* i  miss my mum so much.*  
kpd adik : jgn nakal2 kt rumah 
sekolah dah nk buka and belajar rajin2 okay. 
maaf if kak cik termarah  masa hari lepas,
but percayalah, semuanya utk kebaikan juga.
buatkan ayah disana rasa bangga  okay ;) 

Friday, December 30, 2011

;p

Tiada apa yang akan kekal termasuklah apa yang dirasa. Berpijaklah di bumi yang nyata meskipun terpaksa berdiri di atas kaca.


Jangan biarku mencintaimu melainkan kau merasa begitu kerana hati ini tak bisa diluka lagi.





The time flies, the memory stays.


Monday, December 19, 2011

monday morning;)

hello guys,
hari ini hari Isnin dan merupakan hari pertama kelas untuk minggu ni. Tapi, first period tak ade kelas sbb tgh waktu SDL or self direct learning. Aku bukan study pun skrg, sbb aku tgh update post nih. Org lain tido, tapi aku susah nak tido after dah bangun.

Minggu ni juga aku tidak sabar untuk menanti hari jumaat sbb hari tu aku akan pulang ke kampung halaman. Seriusly, i miss my mum so much! Rindu juga nak makan buah rambutan depan rumah yang dengarnya semakin banyak berbuah... Kazen aku bertunang last week kt JB dan aku tak balik pun ats sebab2 tertentu, btw sedikit kecewa. Tapi aku melupakan kesedihan itu dgn hangout bersama Ummi pada hari Sabtu yg lepas. Org lain semua ingat aku keluar dating, padahal mmg dating pun. Dating dengan Ummi. ;p

the ummi tya ;)

muke ummi ganas macam domo tu ;p

peace!

eyps.



Aku suke dengan life aku skrg. Tiada gangguan drpd siapa2. Aku bebas berkawan dgn sesiapa aku suka. Semalam aku tidow agak awal berbanding dgn hari2 yg lain sbb aku rasa mcm perlu utk tidow awal. Then, aku terjaga semula apabila henfon aku berdering setelah sekian lama tepat jam pkul 3 pagi. Nombor yg keluar tidak ade yg sepadan dgn memory fon aku. Sah, org yg aku tak kenal yg cuba mengganggu konsentrasi aku ingin tidow. Biarkan saja, itu cara lebih baik. ;)



the nonsense face of me ;p


Dalam hidup, aku tidak dapat bagi hati orang puas. Walaupun semua mereka mengatakan berfikiran bebas. Aku masih lagi diri yang aku suka, tubuh yang aku sayang belum pernah mengkhianati jiwa. Alhamdulilah, Yang Maha Esa masih berikan aku nyawa dan peluang untuk bernafas di atas dunia. Aku masih sayang senyuman ni dan aku masih sayang diri ni. Walaupun ia sepahit hempedu, aku cube berikan utk manis seperti madu. Aku tetap ingin teruskan senyuman ni. Sebab aku tahu, hidup atas dunia ni kadangkala penuh kekejaman. Tapi aku pilih untuk buang penderitaan.
 Aku perlukan kegembiraan.
Secebis kebahagian.

;)

Okay, dah siap nak ke kelas pagi ni. Kelas anatomi yg diajar akan oleh mentor aku sendiri. Dan, aku belum baca ape2 pun tentang tajuk yg akan belajar kejap lg. Bubye!