Hari ini Sabtu. Aku mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana melainkan bersendirian di bilik. Terlalu banyak benda yang berlaku pada minggu pertama bagi tahun 2012. Permulaan tahun yg sedikit hambar bagiku, tapi ade juga yang menyeronokkan..
Ade sesuatu yang menggangu fikiran aku beberapa hari yg lepas. Aku pun tidak pasti dengan keadaan diri aku skrg. Mungkin bila usia semakin meningkat, fikiran pun akan menjadi lebih kompleks. Mungkin betul dan mungkin aku sahaja terlalu ikutkan sgt perasaan.
"Kalau ikutkan hati, mahu saja aku kunci hati ini dengan mangga Solex tebal dan kemudian kunci ini aku campak ke laut."
Ya - cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta yang gagal seperti Quasimodo dengan Esmeralda, cinta gagal seperti Romeo dan Juliet dan cinta gagal seperti Uda dan Dara.
Aku pernah mengeluh, "why jerks can get boyfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved", tapi seperti yang penyokong Liverpool pernah berkata, "you can't buy history". Benda yang agung macam ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, let alone dengan teddy bear besar gabak serta dressing baju Lady Like logo besar dengan pakai sun glasses kat dalam shopping mall. Cool ke tu? I'm not sure too.
Jadi bila aku kenang kembali, mungkin aku tak keseorangan. Mungkin cinta hati aku sedang berada di seberang lautan Pasifik, mungkin ia berada di Toulouse, Perancis. Mungkin di Konya, Turki. Mungkin tertinggal di Walthamstow, London. Mungkin di Calgary, Canada. Mungkin di Accra, Ghana. Mungkin di Lanus, Buenos Aires. Atau mungkin kat depan mata aku selama ni aku tak pernah nampak dia. Mungkin aku akan sibukkan diri aku, kunci hati aku dan campakkan kunci hati aku tu jauh-jauh. Siapa jumpa dialah bukak. Tapi kalau tak jumpa kunci tu, kalau rasa-rasa nak pecahkan mangga Solex tu - cubalah. Mana tau berjaya :)
Bukak FB ternampak satu status dari Ustaz Azhar Idrus -"Wanita yang suka melayan ramai lelaki, tidak sesuai dijadikan ISTERI" Tapi, bagaimana pula jikalau lelaki yang suke melayan ramai perempuan?
Aku mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang aku lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum gembira, aku akan teruskan juga. Ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan ternyata, aku yang tanggung sendiri.
Keluarga aku adalah kekuatan diri aku. Itu antara penyebab kenapa aku perlu kuat. Walaupun kekuatan aku sering diuji dengan perbalahan kecil dan ujian berskala sederhana, aku mengerti tanpa mereka, aku mungkin sampah yang tiada nilai di dunia.
Air mata pernah tumpah. Aku pernah tewas. Aku pernah kalah. Kemarahan aku membuak seiring dengan kesakitan aku.
Pertahanan diri aku dicerobohi dengan kata-kata yang memakan diri.
Aku sedar yang aku bukan baik.
Senyum.
Kesat air mata.
Kenapa aku terlampau mengikut hati?
Biarlah orang lain mahu buat apa sahaja dan bergossip apa pun tentang aku.
Tapi, aku tak perlu risau dan gelisah kerana Dia ada untuk aku mengadu.
Ya Allah, jauhilah hamba-Mu ini dari fitnah dunia...



